SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Syabas Dan Tahniah Kepada Dua Calon Pilihan Yang Menang Pada Pemilihan UMNO Baru-Baru Ini

Pertamanya sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, saya mengambil kesempatan untuk ucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat semua. Moga beroleh pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

Saya juga nak ucapkan syabas dan tahniah kepada calon pemilihan UMNO yang menang baru-baru ini.

Saya kempen secara agreasif untuk dua calon yang bertanding iaitu Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin. 

Rasa puas bila melihat DS Wan Rosdy menang jawatan Naib Presiden UMNO, manakala DS Shahaniza menang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Moga kememangan yang dicapai dapat digunakan sebaiknya untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat terutamanya orang muda kepada UMNO Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. 

Selamat menjalankan tugas kepada mereka berdua. Saya perhatikan dari jauh sahaja kerana saya bukanlah sesiapa di sisi mereka. Cuma, saya bantu atas dasar kedua-duanya adalah pilihan untuk menang dari bumi Pahang.

Syabas juga buat calon Timbalan Pengerusi Tetap, Dato' Sri Abd Fattah Abdullah yang turut menang, Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad dan Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin yang menang jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ternyata Pahang memang hebat, ada lima pemimpin besar yang berada dalam saf kepimpinan UMNO pusat untuk sesi 2023-2026. Selamat maju jaya semua. 

Read more »

Dato' Sri Hj Wan Rosdy, Calon Paling Terbaik Untuk Di Angkat Sebagai Naib Presiden UMNO Pada Pemilihan Kali Ini, Undilah Calon Nombor 05 !

 

Selama lebih 24 tahun lamanya saya  berlawan dengan Kerajaan Pahang. Macam-macam isu besar yang telah saya terjah seperti isu Lynas, Bauksit, Tasik Chini, Musang King dan berbagai lagi isu panas, kontroversi di negeri ini.

Saya dituduh pengkhianat dan juga penderhaka hingga menyebabkan saya terpaksa lawan menerusi lima pilihan raya yang kesemuanya tertewas jua. 

Namun, selepas Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail mengambil alih jawatan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018, saya melihat perubahan yang besar berlaku di bumi Pahang.

Kutipan hasil melebihi RM1 bilion dua tahun berturut-turut mutakhir ini ternyata membuktikan Wan Rosdy adalah Menteri Besar terbaik dalam sejarah negeri Pahang Darul Makmur ini sejak sekian lamanya. 

Malah pendekatan yang beliau lakukan untuk membantu rakyat marhaen amat jelas sekali dengan peruntukan besar setiap tahun jelas sekali membuktikan keprihatinan beliau terhadap semua golongan rakyat.

Seorang yang 'humble' dan 'berjiwa rakyat' membolehkan beliau mudah didekati oleh rakyat pelbagai kaum.

Saya sendiri akhirnya mengambil keputusan 'drastik' menyokong beliau pada PRU15 lalu. Walau pun Pahang hampir bertukar kerajaan akibat keputusan yang mengejutkan, namun umum mengetahui ia bukan bermakna rakyat secara keseluruhannya menolak kepimpinan Wan Rosdy.

Tetapi, kekalahan itu akibat unsur 'habuan dan sedekah' mencurah-curah yang diberikan oleh parti tertentu dalam usaha menjatuhkan kerajaan. Kini kes itu telah dibawa ke mahkamah untuk pengadilan. Biarlah mahkamah yang menentukannya.

Wan Rosdy masih kekal MB dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Rakyat (PH) selepas PRU15 lalu.

Banyak agenda pembangunan negeri yang terus dirancang dan bakal dilaksanakan. Pahang kini mengorak langkah menjadi yang lebih baik. Bayangkan ketika BN kalah PRU14 dan hilang kerajaan pusat kepada PH selama 22 bulan, beliau tetap berjaya membawa perubahan di Pahang tanpa bergantung kepada peruntukan pusat.

Ini membuktikan Wan Rosdy pemimpin berwibawa yang boleh membawa negeri Pahang berdidikari ketika susah. Apatah lagi ketika BN dan PH kini bersama dalam Kerajaan Perpaduan sekarang.

Justeru, atas ketokohan dan kewibaan Wan Rosdy maka saya menyeru ahli UMNO seluruh negara memberi sokongan penuh kepada beliau pada pemilihan parti 18 Mac ini. Angkat Wan Rosdy mengisi salah satu daripada tiga jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan.


Saya amat yakin, beliau mampu untuk. melaksanakan tugasnya memulihkan kembali maruah UMNO yang sedikit tercalar baru-baru ini. 

Yakinlah, Wan Rosdy adalah calon berwibawa yang terbaik untuk Malaysia kali ini. Beliau telah membuktikan di Pahang, maka kini biarlah tugasan itu diteruskan untuk membantu pucuk pimpinan tertinggi menjaga parti secara keseluruhannya.

Harus diingat, selama lebih 24 tahun saya menentang Kerajaan Pahang dan 30 tahun meninggalkan UMNO tetapi selepas Wan Rosdy membuka laluan untuk perdamaian, maka akhirnya saya  mengambil peluang menyokong kepimpinan beliau pada PRU15 lalu.

Bukan mudah untuk saya membuat keputusan jika bukan Wan Rosdy jadi Menteri Besar Pahang. Tapi saya amat menghormati sikap dan kredibiliti beliau yang lebih terbuka untuk membina kerjasama demi rakyat dan ke arah pembangunan negeri ini sendiri sebenarnya. 

Undilah CALON NO. 5 untuk masa depan UMNO yang lebih gilang gemilang. Selamat mengundi, buat pilihan yang bijak.

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) 

Like N Subscribe Channel CMK TV  https://m.youtube.com/channel/UCOMX71-R0Nw0VI5uwexZmPg

Like, Follow N Share TikTok CMK https://www.tiktok.com/@cmkshukrieramly?_t=8agKo5yiQks&_r=1

https://www.tiktok.com/@cmkcucumatkilau?_t=8agKsmD0Q5K&_r=1

#TokWan4NaibPresiden

Read more »

Kerajaan Perlu Batalkan Permit Warga Asing Guna Nama Wanita Tempatan Untuk Buka Premis Perniagaan Di Negara Ini !

 

Isu lambakan premis warga asing hingga mengganggu ekonomi rakyat tempatan kini semakin serius dan kerajaan perlu bertindak segera.

Di sana sini, kini ada saja premis warga asing yang dibuka di seluruh negara kita. Bukan sahaja premis, malah mereka semakin berani membina penempatan yang menjadi perkampungan warga asing. 

Ini sungguh memalukan, malah mereka pula semakin 'besar kepala' gara-gara penguatkuasaan yang terlalu lemah dan membimbangkan.

Saya sudah lama bersuara isu ini, namun anehnya saya pula yang menerima tekanan dan mahu didakwa di mahkamah kononnya membuat fitnah. Saya pernah disiasat polis gara-gara bersuara isu premis warga asing yang 'tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan' di Kuantan.

Saya juga diberi amaran oleh bangsa sendiri yang khianat dan mengejar kemewahan dengan 'menjaga' warga asing dengan diberi habuan setiap bulan. Malah, terdapat juga dakwaan pihak berkuasa dan penguatkuasa juga terlibat sama melindungi mereka.

Lantaran itulah warga asing semakin berani mutakhir ini sebenarnya. Apa tidaknya, tindak tanduk mereka ada pihak yang 'jaga'.

Di negara kita premis warga asing ini jelas telah menganggu ekonomi rakyat tempatan. Mereka terlibat membuka premis dalam bidang masing-masing. 

Berdasarkan kajian antara bidang ekonomi yang terkesan akibat terpaksa bersaing dengan warga asing ini ialah Thailand (restoran dan kedai makan), Indonesia (kedai jamu, kecantikan dan ubat-ubatan), Pakistan (perhotelan, perabot dan permaidani), Bangladesh (kontraktor, hardware, mini market, kedai makan, kedai runcit), Myanmar (kedai runcit, kedai makan, jual besi buruk), Kemboja (perikanan, pasar malam, pasar lambak), China (aksesori kenderaan, jentera dan sebagainya). 

Jika dibiarkan, akhirnya semakin banyak perniagaan orang tempatan akan 'gulung tikar'.  Warga asing hanya bayar sewa kedai, mereka tidak bayar cukai kepada kerajaan.

Malahan, sebahagian besar mereka yang datang ke negara kita terlibat dalam industri perladangan dan pembinaan. Permit mereka sebagai buruh, tapi mereka dibiarkan pula membuka perniagaan sesuka hati di negara ini. Lumpuh ekonomi rakyat tempatan, jika senario ini terus dibiarkan.

Modus operandi sebahagian besar warga asing ini ialah membuka perniagaan menggunakan nama rakyat tempatan, sama ada dibayar upah bulanan atau mereka berkahwin dengan wanita tempatan agar lebih mudah untuk buat urusan.

Segala dokumen termasuk daftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), daftar permit perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), membeli kenderaan perniagaan, hinggalah kepada membuka akaun bank dan membuat pinjaman perniagaan, semuanya menggunakan nama rakyat tempatan.

Namun, anehnya pihak berkuasa tidak langsung memandang serius perkara ini dan menganggap ia dibenarkan. Walhal, semua ini akan membawa keburukan kepada negara untuk jangka masa panjang.

Mereka kawal ekonomi setempat, jika terus dibiarkan. Sebab itulah saya terpaksa bangkit bersuara selepas melihat aktivis Ustaz Shopian yang tular bila dia dengan berani terjah premis dan lambakan warga asing yang berniaga di sana sini. Saya bangga masih ada rakyat kita yang prihatin dan cakna isu ini. Sebab itulah saya kembali bangkit bersuara kali ini.

Saya juga menggesa agar kerajaan memperketatkan undang-undang warga asing yang datang ke negara ini  sebagai buruh (berdasarkan permit), namun mereka berkahwin dengan rakyat tempatan untuk memudahkan urusan membuka premis perniagaan di negara ini.

Syor saya (dengan izin), mana-mana wanita tempatan yang berkahwin dengan warga asing yang datang ke negara ini sebagai buruh atau pelarian (kecuali bidang profesional), maka selepas tiga hingga enam bulan, wanita terbabit perlu mengikut suaminya balik ke negara asal. Malah, dilarang sama sekali membuka premis perniagaan atas nama isterinya. Sebab kehadiran mereka ke nagara ini bukan atas tiket untuk berniaga, tetapi buruh ladang, pembinaan atau pelarian.

Kerajaan juga wajar membatalkan lesen perniagaan warga asing yang menggunakan nama wanita tempatan, tidak kira berstatus isteri atau pun yang dibayar upah bulanan oleh mereka untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Walhal, sebenarnya semua pihak sudah tahu perkara ini namun sengaja dibiarkan hingga mereka menjadi naik lemak. 

Saya juga menggesa kerajaan menempatkan warga asing berstatus pelarian di satu kawasan berpagar yang tidak membolehkan mereka menganggu ekonomi rakyat tempatan. Lebih elok lagi ditempatkan di pulau-pulau yang terkawal, sama seperti pelarian Vietnam yang diletakkan di Pulau Bidong, Terengganu suatu ketika dulu. Bukankah segala kos berkaitan boleh diuruskan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), agensi yang dimandatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri. 

Kerajaan perlu bertindak sesuatu kerana ternyata penguatkusaan telah gagal apabila adanya unsur 'kautim' berlaku. Sebab itulah rakyat macam Ustaz Shopian di Pulau Pinang terpaksa mengambil tindakan sendiri sebab sudah hilang keyakinan kepada pihak berkuasa.

Saya melihat andainya senario ini terus dibiarkan, maka akhirnya warga asing akan kuasai ekonomi negara kita. Apakah kita mahu melihat rakyat tempatan merempat di negara sendiri?. Sedarlah dan lakukan sesuatu demi masa depan generasi akan datang. 

Read more »

Jana Wibawa: Usahlah Gelabah Bila Di Dakwa, Buktikan Di Mahkamah Jika Tak Salah !

  

Saya tertarik untuk mengulas sikit isu pendakwaan yang dibuat terhadap mantan PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rata-rata penyokongnya mendakwa ia bermotifkan politik dan kerajaan sengaja menggunakan isu ini untuk menjatuhkan maruah serta kreadibiliti beliau yang dilihat bersih selama ini.

Malah, ada dakwaan mengatakan ia juga satu strategi untuk menyakinkan rakyat agar menolak Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Baru-baru ini Muhyiddin dikenakan empat pertuduhan salah guna kuasa, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, menuduh Muhyiddin menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika itu untuk mendapatkan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu antara 1 Mac 2020 dan Ogos 20 2021.

Beliau turut didakwa atas dua lagi pertuduhan pengubahan wang haram, yang dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama, menuduh ahli politik berusia 76 tahun itu menerima RM120 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022.

Jika dibuktikan bersalah, Ahli Parlimen Pagoh itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan terbabit atau RM10,000 yang mana lebih tinggi bagi pertuduhan salah guna kuasa.

Manakala bagi kes pengubahan wang haram, dia boleh dihukum penjara 15 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah rasuah terbabit atau RM5 juta, atau mana yang lebih tinggi.

Mengulas lanjut perkara ini, hanya satu sahaja pesanan saya buat Muhyiddin iaitu beliau tidak perlu asyik menafikan dakwaan tersebut diluar mahkamah.

Jika benar tidak bersalah, jawab di mahkamah. Muhyiddin perlu ingat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan buat pertuduhan jika tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan yang berlaku.

SPRM bukan sahaja menyiasat beliau, tapi turut siasat syarikat-syarikat yang di dakwa memberi sumbangan derma kepada parti pimpinan beliau. 


Alasan kononnya, orang nak bagi derma maka ia tidak salah untuk tujuan politik. Tapi saya nak bagi tahu Kalau orang derma guna duit sendiri yang sedia ada mungkin tak jadi masalah. Berapa banyak penderma nak bagi sebab mereka ada dana untuk membuat sumbangan dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. 

Masalah yang terjadi dalam kes ini, kerajaan Muhyiddin beri projek bernilai berbilion ringgit kepada penderma itu. Dan sebagai balasannya, maka pihak penderma beri sedekah kepada parti pimpinan beliau (Bersatu).   

Semua ini bagi saya ada unsur-unsur  'salah guna kuasa', adanya berlaku rundingan atau kautim serta  'win win situation'. "Mu bagi projek, baru aku bagi sumbangan derma kat parti mu untuk PRU-15". 

Maka selepas dua-dua pihak bersetuju, barulah semua ini berlaku (sign MOU, derma jalan). Itulah realiti yang terjadi.. Salah tetap salah. Datuk Sri Najib pun lawan dan bila kalah beliau ke dalam (penjara).

Agak hairan, kenapa Muhyiddin jadi takut dan dihantui sindrom penafian? Jika tak salah, lawanlah di mahkamah.

Anwar boleh hadapi kes mahkamah. Najib juga boleh hadapi. Maka kini giliran Muhyiddin pula hadapi. Inilah namanya 'hukum karma'. Tidak perlu menggelabah bila rasa diri tidak bersalah. Moga dipermudahkan segala urusan hendaknya. 

Read more »

Jalan Rosak: Tidak Wajar Hanya Salahkan Kerajaan Semata-Mata, Kapasiti Kederaan Berat Atas Jalan Meningkat Perlu Di Ambil Kira !

 

Tidak wajar menyalahkan kerajaan Pahang semata-mata atas isu kerosakan jalan raya yang semakin kerap berlaku sekarang ini. 

Kerosakan jalan raya adalah fenomena biasa yang akan berlaku sampai bila-bila kerana faktor kapasiti kenderaan yang menggunakan jalan raya kian meningkat sekarang ini. 

Apatah lagi yang melibatkan kenderaan berat seperti lori tanker dan treler. Akibatnya jalan akan senantiasa rosak terutamanya ketika musim hujan. 

Saya melihat serangan bertalu-talu telah dibuat oleh netizen terhadap kerajaan Pahang, susulan isu jalan rosak. Malah ia bertambah serius lagi selepas berlaku kejadian seorang penunggang motosikal meninggal dunia akibat terjatuh selepas melanggar lubang di Temerloh baru-baru ini.

Paling mengejutkan, siap ada netizen yang menyiarkan nombor peribadi pemimpin Pahang agar dijadikan bahan serangan. Ini tidak masuk akal dan tidak wajar dilakukan. Ia jelas menyalahi akta dan mereka yang terlibat boleh menerima hukuman jika ada laporan.

Masalah jalan rosak tidak akan selesai selagi ada kontraktor jalan yang membuat kerja-kerja turapan tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 

Memang benar, ada lokasi jalan yang sudah berkali-kali diturap namun tetap rosak terutamanya laluan ke kawasan industri seperti Semambu, Gebeng dan sebagainya. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana begitu banyak kenderaan berat menggunakan jalan terbabit.

Sebab itu, netizen tidak boleh secara sembrono menyalahkan kerajaan semata-mata kerana kerja membaiki kerosakan jalan dilakukan setiap masa. Tidak bolehlah terlalu mengharap kerja berkaitan sepantas kilat, melainkan kerosakan kecil yang boleh disiapkan dalam masa 24 jam. 

Kerja tular gambar jalan rosak di media sosial memang mudah, agar menimbulkan kemarahan dikalangan netizen yang lain. Namun, pengguna jalan raya tidak tahu kaedah dan prosedur untuk memperbetulkan kerosakan itu. 

Mana mungkin jalan yang elok pada siang hari, kemudian rosak dan berlubang pada malam hari dan ada kemalangan diawal pagi hari kemudian kita mahu salahkan kerajaan?. Jalan dah elok tiada masalah, tiba-tiba banyak kenderaan berat lalu hingga rosak dan berlubang maka tidak mungkin jam 2.00 hingga 3.00 pagi ia boleh diperbetulkan segera. 

Keesokan harinya baru ada tindakan oleh pihak terbabit. Jika di Pahang kita ada Roadcare, YP Maintanance dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bagi kawasan Kuantan. Mereka juga perlu masa untuk memantau dan menyiasat aduan yang disebarkan di media sosial. Terkadang ada isu lama yang sengaja ditularkan oleh netizen yang tidak bertanggungjawab.

Saya rasa tidak adil netizen salahkan kerajaan sepenuhnya. Jika begitu, lebih baik kerajaan halang kenderaan berat melalui jalan-jalan tertentu agar tiada kerosakan. Nanti, ada pula yang tuduh kerajaan zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Sebab itulah, kita kena berlapang dada dan saya yakin segala kerosakan yang dilaporkan secara betul kepada agensi terbabit akan diambil perhatian segera oleh kerajaan. Di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail sekarang maka saya amat yakin keprihatinan dan kecaknaan terhadap isu ini akan dipertingkatkan,

Saya bersedia menjadi mata dan telinga kerajaan untuk turun padang dengan segera bagi memantau isu ini. 

Isu jalan rosak yang saya bangkitkan juga pernah disiarkan dalam media arus perdana termasuk rancangan TV1 RTM "Titik Sentuhan".

Kerajaan tidak cukup kakitangan untuk berjaga siang malam, makanya serahkan kepada kami kerana telah lama menerjah isu jalan rosak ini sebenarnya. Secara tidak langsung kami boleh membantu menyampaikan  maklumat terus dengan lebih pantas untuk diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Itu pun jika kerajaan memerlukan kerjasama kami. Lagi pun semua orang tau memang saya kaki terjah isu rakyat seperi ini. 

Saya berharap agar isu jalan rosak ini dapat ditangani dengan betul agar tidak terus menjadi isu yang menimbulkan kemarahan rakyat. Ramai yang trauma dengan isu ini, terutamanya bagi mereka yang ditimpa musibah seperti cedera akibat terjatuh, tayar pecah, rim bengkok dan sebagainya. #CMK

Read more »

Lantik Nurul Izzah, Keputusan Betul Bagi Anwar Tetapi Tidak Di Mata Rakyat Marhaen !

 

Saya amat terkejut dengan tindakan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi.

Bukan soal setuju atau tidak, tapi saya melihat ia tidak kena pada masa dan tempatnya. Rakyat mula percaya serta yakin dengan kepimpinan Anwar, tapi isu seperti ini boleh hilangkan kepercayaan rakyat terhadap beliau sebenarnya.

Anwar boleh bagi apa saja hujjah untuk menghalalkan cara, namun hakikatnya ia jelas menjurus ke arah amalan nepotisme dalam kerajaan Perpaduan Nasional pimpinannya. 

Hebat mana Nurul Izzah, dengan latar belakang pendidikannya namun beliau tetap anak Anwar Ibrahim. iaitu Perdana Menteri Malaysia. Jika beliau bukan anak Anwar, mungkin isu ini tidak terlalu panas. 

Justeru, Anwar perlu mengkaji semula tindakan 'tidak popular' yang beliau lagi lakukan ini. Bukankah beliau sendiri yang umumkan dasar baru yang tidak benarkan mana-mana pemimpin politik memegang jawatan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Maka ramai pemimpin politik terutamanya daripada UMNO yang undur diri dan meletakkan jawatan.

Tiba-tiba Anwar lantik anak sendiri, bukan dalam GLC tapi kerajaan. Biar pun 'tanpa gaji' atas kertas (slip gaji), tapi rakyat melihat gaji atau elaun itu akan datang dari berbagai sumber sebenarnya.. Mana mungkin menjadi penasihat kerajaan tanpa gaji.. Sudahlah Nurul Izzah tiada gaji Wakil Rakyat (YB) gara-gara tewas di kerusi tradisi keluarganya Parlimen Permatang Pauh. Tidak logik, tiba-tiba dilantik penasihat kanan kewangan dan ekonomi tanpa ada pendapatan bulanan.

Saya menyokong kerajaan Anwar, tapi saya tetap bantah perlanyikan Nurul Izzah atas prinsip yang jelas, beliau anak PM dan akan timbulkan fitnah dikalangan rakyat marhaen. 

Pada masa ini, yang menjadi mangsa ialah pendokong Anwar kerana terpaksa mencari jawapan daripada berbagai sudut untuk mengiyakan perlantikan Nurul Izzah. 

Namun bagi saya, alasan tidak menghalalkan cara. Lebih elok jawatan tersebut diberikan kepada individu yang lebih pakar dalam bidang kewamgan dan ekonomi. 

Anwar tidak boleh bandingkan zaman beliau dilantik jadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dulu, kerana rakyat melihat beliau memang layak. Malah pengalaman dan kepakaran beliau menjadi antara Menteri Kewangan terbaik di Asia merupakan satu aset yang berguna untuk memacu pembangunan negeri Selangor.

Memang kita akui, Nurul Izzah ada memiliki ijazah dalam dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies. Malah, pemeriksaan ke atas profilnya mendapati ia merupakan ijazah peringkat sarjana.

Namun, itu tidak cukup untuk dilantik senagai penasihat kewangan dan ekonomi negara. Bersepah-sepah lagi pakar ekonomi yang lebih layak. Apa yang paling penting, kenapa membuka ruang untuk dikecam dan disumpah seranah oleh rakyat.

Malah, isu ini juga boleh dijadikan modal oleh parti pembangkang untuk. membelasah Anwar sebenarnya. Jika menolak amalan korupsi dan mahu laksanakan reformasi kerajaan 'Madani', mengapa harus buat tindakan sebegini?.

Belum terlambat untuk Anwar menarik balik perlantikan tersebut. Usah buka ruang kepada musuh untuk menyerang diketika bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan semakin terasa sekarang ini.

Apa pun, Anwar mungkin ada sebab musabab tersendiri untuk. berbuat demikian.. Sebagai rakyat, kita hanya mampu bersuara dari jauh sahaja. Semoga tidak ada sesuatu yang boleh merosakkan Kerajaan Perpaduan atas tindakan ini kelak. Salam perjuangan!

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)  People's Activist N Freedom Journalist  [ https://cucumatkilau.blogspot.com ] 

Read more »

Agenda Jatuhkan MB, Usaha 'Tikam Belakang' Oleh 'Musuh Dalam Selimut' Wajar Di Halang Demi Selamatkan Kerajaan Pahang !

Usaha menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang kini sedang giat dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Tujuan mereka ialah apabila Wan Rosdy berjaya dijatuhkan menerusi pemilihan UMNO, maka mereka boleh teruskan agenda agar beliau wajar melepaskan jawatan Menteri Besar Pahang, kerana sudah hilang sokongan akar umbi. 

Difahamkan, semua ini dilakukan kerana perasaan tidak puas hati yang masih menebal dikalangan pemimpin terbabit  gara-gara Wan Rosdy tidak mahu mengikut telunjuk mereka dalam penentuan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang  lalu.

Perancangan dilakukan untuk menolak sesiapa sahaja pemimpin UMNO Pahang yang dipercayai rapat dengan Wan Rosdy pada pemilihan parti itu bermula Februari ini.

Sikap tidak puas hati, kononnya MB tidak mendengar suara mereka ketika memilih calon. Pihak terbabit beranggapan jika calon pilihan mereka  menjadi calon pada PRU-15 baru-baru ini, nescaya BN akan mendapat majoriti mudah 22 kerusi di DUN.

Gara-gara calon mereka tidak dipilih, maka gerakan menjatuhkan sesiapa saja calon BN akan dilalukan. Akhirnya ramai calon tewas dikerusi tradisi mereka, walhal pada PRU-15 mereka menang besar. Malahan ada yang berstatus Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang sebenarnya. 

Akibat rasa tidak puas hati, gerakan menjatuhkan calon terpilih dilakukan dan kini menjelang pemilihan UMNO, 'usaha yang sama' dilakukan demi percaturan politik pihak terbabit.

Beberapa pemimpin yang rapat dengan Wan Rosdy telah berjaya 'disingkirkan', kononnya merekalah punca kekalahan besar BN di Pahang. Kesilapan memilih 'calon boleh menang' dijadikan alasan kukuh bagi melaksanakan agenda mereka. 

Difahamkan, antara pemimpin kanan UMNO yang rapat dengan MB ialah bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang iaitu  Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin, Dato' Sri Sharkar Shamsuddin dan Dato' Sri Hj Nazri Ngah.

Kesemua pemimpin terbabit tewas di kerusi masing-masing pada PRU-14 lalu. Shahaniza di Parlimen Maran, Sharkar di Parlimen Temerloh dan Nazri di DUN Pulau Tawar. Selama ini mereka dikatakan antara pemimpin yang cukup rapat dengan Wan Rosdy. 

Satu lagi nama yang paling hangat diperkatakan ialah Dato' Tajul Razi Abdul Aziz yang sebelum ini adalah Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar Pahang sendiri. Beliau antara individu yang banyak membantu pencapaian luar biasa Wan Rosdy sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negeri selepas PRU-14 pada 2018 lalu.

Ketika itu negeri Pahang tidak sealiran dengan kerajaan pusat yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan. Tajul Razi banyak membantu  Wan Rosdy menjadi Menteri Besar Pahang terbaik dalam sejarah apabila berjaya mencapai kutipan hasil negeri melepasi angka RM1 bilion. Ini sesuatu yang cukup luar biasa, sehingga ada pihak yang iri hati dengan beliau.

Kini Tajul Razi sudah bertukar ke Putrajaya dan menjadi Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Biar pun ada pihak yang 'bertepuk tangan' dengan ketiadaan Tajul Razi, Shahaniza, Sharkar dan Nazri, namun harus dingat mereka juga ada jasa besar terhadap pembangunan negeri Pahang secara keseluruhannya. Cuma Sharkar agak beruntung apabila dia diangkat sebagai Speaker Dewan Undang Negeri Pahang (DUN) yang baharu selepas PRU-15 lalu.

Perlu diingat, gelombang penolakan rakyat terhadap calon-calon BN pada PRU-15 bukanlah hanya kerana soal 'calon itu' semata-mata. Andainya calon dari kalangan proksi pihak terbabit yang dipilih, belum tentu BN boleh menang seperti biasa. Malah situasi ini berlaku di seluruh negara.

Calon Perikatan Nasional (PN) lebih diterima, dipilih oleh rakyat terutama pengundi muda dan penjawat awam. Tawaran manifesto yang diberikan lebih menarik perhatian, itu belum termasuk sumbangan 'sedekah' agar mereka keluar dan mengundi calon PN.

Dengan duit minyak, tol, makan dan sebagainya maka sudah pasti tarikan pengundi muda terarah kepada calon PN sebenarnya. Sebab itu negeri Perlis tumbang. Malahan juga negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan pula PN sapu bersih.  Termasuk di Pahang, 17 kerusi DUN tumbang hingga BN gagal membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah dan terpaksa bersama PH pada kali ini atas nama 'Kerajaan Perpaduan'.

Rasanya, kalau 'calon pilihan mereka' dipilih pun belum tentu boleh menang. Apatah lagi jika ditambah dengan undi protes, sakit hati dan iri hati apabila calon mereka tidak diberi perhatian oleh Wan Rosdy. Perbuatan khianat terhadap calon BN inilah antara yang menjadi punca utama kekalahan itu sebenarnya.

Tidak 'berlapang dada' apabila calon mereka tidak terpilih sebagai calon PRU-15, lantaran itu sanggup melakukan agenda untuk menjatuhkan agar membuka mata semua pihak bahawa Wan Rosdy dan penasihat disekelilingnya membuat kesilapan besar hingga BN kalah teruk di Pahang pada PRU-15 lalu. Inilah yang dimomokkan kepada penyokong mereka agar bersetuju dengan usaha menjatuhkan Wan Rosdy melalui pemilihan parti tidak lama lagi.

Semua pihak sewajarnya tidak terpedaya dengan mainan persepsi hingga menyebabkan Wan Rosdy terpaksa mengenepikan beberapa individu yang bertungkus lumus menaikkan beliau sebelum ini. Seolah-olah kesalahan dan kekalahan PRU-15 itu diletakkan atas bahu-bahu mereka yang sebenarnya mahu melihat kejayaan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang sedia ada terus kekal.

Justeru, usahlah terus cuba untuk menjatuhkan. Ini masa untuk sama-sama membantu bukan menghancurkan. Kepimpinan yang ada ini perlulah dipertahankan demi melihat negeri Pahang lebih aman dan makmur pada masa hadapan. Banyak lagi agenda pembangunan yang dirancang dan perlu dilaksanakan.

Usahlah terus berpolitik kerana perasaan dendam kesumat yang akhirnya boleh merosakkan kerajaan itu sendiri. Tidak perlu terus menuding jari menyalahkan pihak tertentu yang lebih banyak membantu pentadbiran kerajaan itu sendiri selama ini.

Apa yang kita risau, jika salah percaturan kelak Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri akan jadi mangsa. Perlu diingat BN dan PN mempunyai jumlah kerusi yang sama (17) di DUN Pahang. Jika tampuk kepimpinan negeri tiba-tiba berubah, kita gusar 

Sebagai ahli yang setia kepada parti, usahlah menjadi 'musuh dalam selimut' yang sedang siap siaga 'menikam belakang'. Kata pepatah 'jika tiada angin, masakan pokok bergoyang'. Kadang-kadang kita rasa hebat merancang, tetapi kita jangan ingat mereka yang berkenaan berdiam diri dan sekadar menonton dari jauh semata-mata. Salam perjuangan ! 

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)  People's Activist N Freedom Journalist  [ https://cucumatkilau.blogspot.com ]

Read more »

Gara-Gara iPad 'iPhone', Suspek Kes Pecah Rumah Berjaya Di Tangkap Tidak Sampai 24 Jam Di Indera Mahkota !


Saya sempat luangkan masa hingga jam 4.00 pagi tadi untuk terjah satu kes jenayah pecah rumah di IM3 (The Radiance) kat belakang KFC (Pasaraya Pantai Selamat) di Indera Mahkota. 

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 8.00 - 10.00 pagi. Suspek seorang lelaki Melayu didapati telah memotong mangga pada grill pintu dan masuk ke dalam rumah semasa tuan rumah keluar bekerja awal pagi.

Ini adalah kes keempat yang terjadi dikawasan perumahan terbabit sejak setahun lalu. Saya tiba di lokasi pada jam 7.30 malam selepas dimaklumkan oleh penduduk. Kejadian disedari oleh mangsa selepas mereka pulang kerja.

Kerugian dianggarkan mencecah RM20,000 apabila suspek didapati mencuri wang tunai, barang kemas, set TV, dua IPad, telefon bimbit, dua buah laptop, dua jam tangan G-Shock dan lain-lain barangan lagi.

Ketika saya sampai, pihak PDRM sudah berada di lokasi rumah mangsa yang terletak di jalan masuk utama untuk ke taman terbabit. Orang ramai terutama penduduk setempat juga berada di lokasi untuk dapatkan info lanjut.

Selepas siasatan dilokasi selesai, saya bersama anggota PDRM telah ke lokasi rumah suspek di Indera Mahkota 2 yang terletak beberapa kilometer dari lokasi terbabit.

Telefon Bimbit iPhone Jadi Panduan
-----------------------------------
Maklumat lokasi diperolehi menerusi iPad jenama iPhone (Apple) yang dicuri suspek. Kami menjejaki rumah suspek berdasarkan lokasi yang dinyatakan pada telefon bimbit mangsa. Mujurlah jenama iPhone ada kemudahan canggih itu, jika tidak sudah pasti operasi tidak dapat dijalankan pada masa yang sama.

Kami berkumpul bersebelah Masjid Al-Makmur IM2 sebelum bergeral ke lokasi. Selepas menunggu beberapa orang lagi anggota PDRM dari Alor Akar, kami mula bergerak ke lokasi rumah suspek selepas mangsa yang terbabit mengesahkan lokasi tepat rumah suspek.

Sila berhati-hati ketika meninggalkan rumah pada waktu pergi bekerja bagi menggelakkan kejadian yang tidak di ingini terjadi. Lebih elok pasang CCTV demi keselamatan harta benda anda.

Suspek Berjaya Di Tangkap Di IM2
---------------------------------
Ketika sampai ke rumah suspek, hanya ada beliau dengan seorang rakannya ketika itu. Dipercayai, suspek menyewa bilik di rumah berkenaan dan selepas disiasat ternyata beliau telah mengaku terlibat dengan kes terbabit.

Suspek seorang lelaki Melayu berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai buruh binaan. Beliau baru seminggu menyewa bilik di situ. Dua buah iPad IPhone berkaya dijumpa dalam tong sampah selepas dibuang oleh suspek. Barangan yang lain seperti TV, laptop, wang tunai dan lain-lain lagi berjaya diperolehi semula.

Pihak PDRM pantas bertindak dan kes ini dan kes-kes lain berjaya dirungkai selepas penangkapan suspek terbabit. Antaranya kes kecurian motosikal di Melaka. Kenderaan itu ditemui dalam rumah suspek ketika operasi PDRM malam tadi. Rakan serumah suspek dibebaskan kerana dia tidak terlibat dengan kes ini. Suspek didapati telah mempunyai rekod jenayah yang sama (pecah rumah) sebelum ini di Kelantan.

Selepas operasi berakhir kami bersama mangsa ke Komplek Polis Alor Akar bagi menuntut beberapa barangan yang tidak dinyatakan dalam laporan yang telah dibuat. Antaranya ialah dua buah laptop dan jam jenama G-Shock.

Selesai di Alor Akar kami terus ke IPD Kuantan untuk membawa mangsa bertemu dengan pegawai penyiasat kes ini (IO) untuk diambil keteranga

Syabas dan tahniah kepada semua anggota PDRM yang terlibat. Anda memang hebat dan terbaik. Terbaik juga kepada sahabat yang bersama edisi terjah kes ini iaitu Syed Khairul Anuwar dan Zul IM3, usahawan Nasi Ayam RM5 yang popular di Indera Mahkota.

Selepas siasatan selesai, kami sempat makan pagi di restoran H Lee Dah di Kampung Tengah. Sekitar jam. 4.00 pagi barulah tiba ke rumah. Agak letih juga sebab petang semalam terjah isu lubang berbahaya di Jalan Lim Hoe Lek (https://youtu.be/IZaY3e2EGm0) kemudian terus sambung kes pecah rumah sampai awal pagi. Apa pun saya seronok dapat membela rakyat biar pun saya bukanlah sesiapa. Semoga segalanya dipermudahkan. Terjah ✊

#SuaraMarhaen
#CaknaDemiRakyat

MOHD SHUKRI B MOHD RAMLI
(Blogger Cucumatkilau @ CMK)
People's Activist N Freedom Journalist
https://cucumatkilau.blogspot.com

Read more »

Isu Halang Kuliah, Penceramah 'Orang Politik' Maka Usah Dakwa 'Bukan Berpolitik' Dalam Masjid !

 


Kali ini saya ingin mengulas isu kononnya seorang pendakwah PAS dilarang berkuliah di Masjid As Sobirin Jengka 4, Maran yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Bagi saya tidak mungkin sesuatu larangan itu dibuat tanpa bersebab. Jika dikatakan arahan 'orang atasan' kerana politik, sudah pasti sekatan dibuat kepada semua penceramah untuk berkuliah.

Sebenarnya  Kerajaan Pahang komited untuk memperkasakan agama Islam di negeri ini menerusi penganjuran pelbagai program dan acara keagamaan di seluruh Pahang.

Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk memastikan agama dan pendidikan di Pahang dapat diperkasakan agar diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Malahan sebanyak 14 Rang Undang-Undang (RUU) telah dibentangkan dan mendapat kelulusan sejak tahun 2015 hingga 2020. 

Ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan ismail bagi memastikan agama ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan agama Islam ini bukan sahaja menitikberatkan kepada sesuatu individu dan puak serta kumpulan tetapi ia mengambil kepentingan kepada maslah semua masyarakat dan individu supaya terjaga, terpelihara dan dapat dibantu dengan sebaik-baiknya. 

Dalam sektor pendidikan pula, pelantikan seramai 100 guru DG41 bagi perjawatan Sekolah Menengah Agama (SMA) telah dilaksanakan dengan implikasi kewangan sebanyak RM3 juta.

Malah pelbagai pembinaan bangunan dan kemudahan-kemudahan baru di SMAN dan SMA seluruh Pahang serta sumbangan khas kepada 2,680 guru KAFA turut diselaraskan.K

erajaan juga memperuntukkan bantuan khas kepada pondok dan tahfiz serta guru-guru yang melibatkan jumlah RM400,00 selain sumbangan RM1,000 kepada pelajar-pelajar sekolah SMA dan SMK yang berjaya dalam akademik masing-masing.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga telah berjaya memproses lebih 200 pengesahan sijil halal yang dikeluarkan kepada agensi-agensi dan hotel-hotel serta pihak yang menyediakan makanan dan minuman.

JAIP juga melaksanakan pemantauan semula terhadap kelulusan sijil pengesahan halal yang telah dikeluarkan.

Selain itu, JAIP juga melaksanakan audit pemantauan permohonan persijilan halal, program kesedaran halal kepada industri dan kursus penyembelihan yang telah dilakukan sebaik mungkin kepada kumpulan sasar.

Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi memastikan JAIP dapat menyediakan dokumen nikah, cerai dan rujuk yang berkualiti dan bersekuriti tinggi dan dapat mempercepatkan proses pengeluaran kad serta dokumentasi yang sah.

Saya tidak nampak dakwaan konon Kerajaan Pahang menyekat dakwah dan kuliah sesuka hati.

Negeri kita ada peraturan, termasuk hal ehwal agama Islam. Ceramah dan kuliah harus tiada unsur atau pengaruh politik. Ini boleh mengganggu keharmonian masyarakat Islam setempat yang berbeza fahaman politik dengan penceramah itu sendiri. 

Kuliah yang ditangguhkan itu penyampainya orang politik dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak. Beliau adalah calon Perikatan Nasional (PN) yang menang kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Biar pun tiada unsur politik ketika kuliah yang disampaikan, namun harus diingat selepas program ketika majlis jamuan, sudah pasti hal politik akan dibicarakan di dalam masjid terbabit.

Malah imej dan batang tubuh beliau sendiri adalah berjenama PN. Maka, atas dasar apa tiada unsur politik. Beliau bukan penceramah bebas yang mendapat tauliah berkuliah seperti yang lainya.

Kena faham, politik bukan sahaja bercakap tapi individu itu sendiri. Kena ingat, jemaah yang hadir ketika kuliah terdiri dari kalangan yang berbeza fahaman politik. Sebab itu, ia tidak bagus untuk keharmonian umat Islam di kawasan itu sendiri. 

Pihak yang menjadikan ia isu ialah penyokong PN sendiri dan bukan umat Islam secara keseluruhannya.

Lainlah kalau semua penceramah agama yang bebas daripada pengaruh politik itu dihalang berkuliah. Tidak timbul soal kerajaan menurut kehendak DAP atau sebaliknya.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail itu beragama Islam. Hanya ada seorang sahaja ADUN dari DAP yang dilantik sebagai EXCO Pahang. Mana mungkin dia boleh mengawal kerajan yang dipimpin oleh majoriti orang Melayu Islam.

Cakap politik sedap mulut memanglah  mudah, main hentam kromo saja agar rakyat membenci kerajaan. Namun, harus diingat pemimpin Melayu Islam dalam kerajaan pun mengucap syahadah dan berpegang kepada agama Islam.

Janganlah bila kena ke puak sendiri betul belaka, bila kena puak lain salah belaka. Masa berbaik dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dulu, semua baik sahaja. Maklumlah semua wakil rakyat mereka dapat peruntukan bulanan daripada kerajaan. Usahlah emosi menghentam bila sudah tidak sehaluan. Islam bukanlah boleh diubah-ubah mengikut keadaan,

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK) 


Read more »

Kejayaan Raih Kutipan Hasil Negeri Melebihi 'RM1 Billion' Lebih Awal Dari Sasaran Buktikan Wan Rosdy MB Terbaik Dalam Sejarah Pahang

 

Ketika Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail menyasarkan kutipan hasil Kerajaan Pahang tahun 2022 melebihi RM1 bilion, saya macam rakyat lain juga antara percaya atau pun tidak adakah ianya boleh dicapai.

Namun, selepas pengumuman yang dibuat bahawa sasaran kutipan hasil negeri melebihi RM1 billion pada akhir tahun ini telah berjaya dicapai lebih awal daripada jangkaan. Maka saya nak ambil kesempatan ucapkan berbanyak syabas dan tahniah. 

Perkembagan terbaharu ini dibuat oleh MB ketika beliau berucap pada Majlis Konvokesyen Pahang Skills Ke-11 yang berlangsung di Dewan Utama Pahang Skills di Kuantan semalam.

Apa pun sebagai rakyat, saya terharu atas pencapaian yang membanggakan ini. Sejak sekian lama duduk di negeri Tok Gajah ini, belum pernah saya lihat pencapaian kutipan hasil sehebat ini.

Maka ia adalah sejarah baru dan telah berjaya meletakkan Pahang sebaris dengan negeri Johor dan Selangor atas kutipan hasil RM1 bilion.

Walau pun berbagai serangan yang dibuat oleh pembangkang, termasuk juga para aktivis alam sekitar dan aktivis masyarakat seperti saya namun tetap menyokong apa jua yang  baik untuk rakyat marhaen. Malah dengan kejayaan ini ada juga disebut rakyat juga akan  beroleh manfaatnya.

Di mana Kerajaan Pahang akan salurkan bantuan lebih besar kepada rakyat yang akan diumumkannya pada pembentangan Belanjawan Pahang 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, 7 Oktober depan.

Antaranya ialah membabitkan pembayaran bonus untuk penjawat awam yang jauh lebih baik berbanding tahun ini.

Paling membanggakan pencapaian ini  berjaya diperolehi dengan cara yang tidak membebankan rakyat, sebaliknya dengan mengurangkan ketirisan dan kebocoran.

Justeru, saya berharap kejayaan yang dikecapi ini dapat memberi harapan baru kepada rakyat agar memberikan sokongan padu kepada kerajaan Pahang pimpinan Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail ini pastinya. 

Mana yang baik untuk rakyat kita haruslah terima seadanya. Mana yang  sebaliknya, maka kita tegur dan beri pandangan jujur agar kerajaan buat perubahan kelak.

Apa yang penting, Wan Rosdy telah membuktikan biar pun  baru hampir sepenggal menggalas tanggungjawab itu tetapi dia berjaya melakukannya.

Malah beliau juga adalah Menteri Besar yang terbaik dalam sejarah Pahang setakat ini. Maka tiada sebab untuk beliau atau kerajaan yang ada ini digantikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Sokongan rakyat pasti akan membolehkan lebih banyak kejayaan dapat dikecapi pada masa yang akan datang. Makmur Pahang !

Cetusan Rasa,

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

( Blogger Cucumatjilau @CMK)

Read more »

PRU-15: Penentu Hala Tuju Dan Masa Depan Karier Politik Saya!

 

Ketika saya ditahan polis buat pertama kali dulu, tiada seorang pun yg datang bantu sy lawan kes ini. Sy terpaksa jual harta benda & bergolok begadai untuk melawan kes itu di mahkamah.

Sy ditinggalkan keseorangan oleh rakan-rakan, hatta pemimpin parti sy sendiri. Sedih dan pilu, kenangkan nasib itu sebenarnya.

Pada 2011, sy ambil keputusan undur diri dari parti yg sy sertai sejak zaman reformasi. Sy mula jadi aktivis bebas dan tetap terus berjuang demi rakyat.

Sy dipandang hina oleh rakan2 sendiri, sampai nak. ambil gambar selfie pun ada yang takut-takut dan tak bagi sy post di media sosial. Demi keselamatan  kerana sy penghkianat, melawan arus.

Bila sy disaman oleh Kerajaan Pahang sebanyak RM1 juta kes banjir Bentong, sy terpaksa hadapi sendiri. Kawan yg mampu bantu dengan kewangan tak pandang sy langsung. Mesej pun tak reply sebab tak nak hulurkan dana.

Jangankan RM100, malah RM10 pun tak mampu. Bila sy bersuara lantangx bukan main puji melangit. Akhirnya sy terpaksa berhadapan kes ini tanpa dana mencukupi untuk kos guaman.

Sy pasrah, bila kawan-kawan buat sy macam itu. Itulah takdir perjuangan sebenarnya. Selama 22 tahun sy jadi penentang kerajaan, dituduh barua dan tali barut serta berbagai2 lagi.

Sy rilek dan cool jer. Hubungi sy tetap baik dengan semua sahabat tidak kira mereka PH, PN mau pun BN.. Malah dengan GTA pun sy rapat. Kini, bila PRU-15 bakal menjelma, mereka nak sy bertanding. Tapi nak suruh follow parti mereka. Macam mana nak buat?

Jika tanding PH, geng PN, BN dan GTA akan marah. Jika tanding GTA pun sama. Jika BN dan PN pun sama. So, mana satu pilihan sy agaknya?  Biar sy sendiri yang tentukan masa depan sy selepas ini. Sy dah lali dan lalui segala kutukan, cemuhan dan kritikan selama ini. Maka, sy tidak kisah suara mereka.

Nantikan sy buat keputusan besar dan panas dalam hidup sy. PRU-15 tetap menjelma tanpa sy. Tapi sy di mana??  Tunggu pengumuman rasminya kelak.

Salam perjuangan buat semua. Sy mohon maaf anda selama ini tulisan sy ada yang mengguris perasaan kalian.. Survival hidup perlu diteruskan demi masa depan generasi sy akan datang. Takdir penentu segalanya. Amin

Suara Rakyat Marhaen, 

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

People's Activist N Freedom Journalist

Blogger Cucumatkilau a.k.a CMK

www.cucumatkilau.blogspot.com

Read more »

Usaha Pemulihan Dan Pemeliharaan Tasik Chini Di Harap Dapat Kekalkan Status Rizab Biosfera UNESCO !

 

Saya sungguh terkejut apabila membaca laporan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kini dalam penelitian dan penemuan awal tidak menggalakkan.

Saya adalah antara salah seorang rakyat Pahang yang lantang bersuara tentang isu kemusnahan alam sekitar di Tasik Chini.

Niat saya agar kelestarian alam, flora dan fauna di tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia itu terus terpelihara dan dijaga dengan baik.

Dua tahun sudah berlalu, akhirnya apa yang ditakuti kini menjelma. Sayang sungguh jika pengikhtirafan dunia ini ditarik balik.

Bagi saya, biar pun asalnya agak marah dan kecewa dengan kerosakan alam sekitar yang terjadi akibat aktiviti pembalakan dan juga perlombongan di kawasan terbabit.

Namun, selepas melihat usaha serius Kerajaan Pahang dalam memulihara dan memelihara kelestarian Tasik Chini mutakhir ini maka saya percaya ia akan menjadi kenyataan akhirnya.

Usaha penanaman berjuta-juta pokok yang dilakukan kerajaan bagi menghijaukan semula muka bumi Tasik Chini diharap dapat mengembalikan keindahannya.

Malah Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail sendiri dilihat turun padang untuk bersama dalam kempen penanaman pokok terbabit.

Saya kira ini satu tindakan yang baik bagi menunjukkan kerajaan memang komited terhadap alam sekitar ini.

Kerosakan yang sudah berlaku tidak wajar dibiarkan saja, moga usaha murni ini dibantu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) serta lain-lain agensi kerajaan pasti membuahkan hasil positif satu hari nanti.

Saya juga difahamkan, Kerajaan Pahang sudah menghantar semua laporan berkaitan usaha pemuliharaan di Tasik Chini kepada UNESCO. Kerajaan telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk mengukuhkan pengurusan Rizab Biosfera Tasik Chini (TCBR) sejak UNESCO mengeluarkan penemuannya tahun lepas.

Inisiatif yang dijalankan adalah selaras dengan saranan Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa mengenai Rizab Biosfera (IACBR), termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan tiga fungsi TCBR, mewartakan Hutan Simpan Kekal Chini, menjalankan aktiviti penguatkuasaan bersepadu, dan menghentikan semua aktiviti perlombongan di kawasan tasik.

Justeru, saya berharap UNESCO akan menilai perkara ini daripada berbagai sudut. Moga Tasik Chini akan terus kekal statusnya sebagai Rizab Biosfera. Peliharan kelesetarian alam ini. #CMK

Read more »

Kerajaan Perlu Utamakan Warga Emas Usia Cecah 65 Tahun Tunai Haji, Tambah Kuota Rakyat Marhaen !

 

Kerajaan Arab Saudi hanya benarkan sejuta umat Islam dibawah 65 tahun tunaikan haji. Malah kuota haji Malaysia pula berkurangan kepafa 14,306 orang jemaah sahaja tahun ini.

Maknanya peluang para jemaah yang menanti sekian lama untuk menunaikan fardhu haji kini semakin tipis. Apatah lagi bagi warga rmas yang sudah berusia 64 atau 65 tahun, tetapi masih tidak terpilih lagi pada tahun ini.

Harapan mereka pudar, sebab tahun depan pada usia 65 tahun mereka juga sudah tidak layak. Persoalanya kenapa TH tidak utamakan warga emas pada usia terbabit, jika sudah tahu itu peraturan terbaharu yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi? Kenapa tidak utamakan golongan tersebut pada tahun ini?

Kesihan mereka, yang sudah menyimpan hasrat dan mengumpul wang sejak sekian lama tiba-tiba tidak dipilih tahun ini. Tahun depan memang sah tidak layak jika syarat bawah 65 tahun itu terus dikekalkan.

Musnah harapan ibubapa, golongan warga emas untuk menjejaki tanah suci akibat syarat baru ini. Sudahlah kuota pun makin kurang.

Apa yang memusykilkan, terdapat dakwaan dan rancangan haji di TV baru-baru ini jelas memaparkan wajah orang yang lebih muda tapi terpilih tunaikan haji. Malah ada jemaah terbabit yang secara terbuka menyatakan rasa syukur kerana dipilih tunaikan haji untuk kali yang kedua. Sedangkan dalam paparan lain, ahli keluarga bersedih kerana si bapa tidak dapat bersama gara-gara tidak layak kerana usia sudah mencecah 65 tahun.

Melihat adengan ada yang dua kali terpilih tunaikan haji, maka ramai yang menghubungi saya mahu perkara ini diangkat. Mereka tertanya-tanya bagaimanakah kaedan TH membuat pemilihan hingga jemaah muda terpilih dua kali, sedangkan warga emas yang sudah mencecah 64 tahun tidak dipilih. Ini jelas tidak adil dan meragukan sebenarnya.

Justeru, saya mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (Agama) menyiasat isu ini. Bagaimana TH boleh lepaskan jemaah yang lebih muda, dua kali tunaikan haji. Sedangkan golongan warga emas tidak terpilih? Sedih hati mereka melihat adengan yang dipaparkan di kaca TV itu. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Malah, kerajaan sepatutnya utamakan rakyat marhaen warga emas yang baru pertama kali mahu menjejakkan kaki tunaikan fardhu haji. Kenapa utamakan mereka yang masih ada banyak peluang untuk mengerjakan haji? Atas faktor usia, utamakan yang berumur 64 tahun kerana tahun depan sah mereka tidak layak.

Saya juga mahu kuota VIP untuk golongan kayangan dihadkan kepada yang pertama kali tunaikan haji sahaja. Kita tahu mereka mampu walau pun pakej berharga ratusan ribu ringgit, namun ada dikalangan mereka sudah berkali-kali ke tanah suci. Ini tidak adil kepada  rakyat marhaen yang baru pertama kali mahu tunaikan fardhu haji. Kerajaan perlu sedar semua ini. Banyak kuota rakyat marhaen  dikala kuota Malaysia dikurangkan sekarang.

Apa pun saya ucapkan selamat menunaikan haji kepada mereka yang berada di Tanah Suci Mekah. Moga beroleh haji mabrur. Kepada yang tidak layak dipilih, bertabahlah kerana pahalanya juga dapat cuma tidak berpeluang melihat kaabah di depan mata sahaja. Moga kerajaan prihatin dan cakna isu ini hendaknya. #CMK

Read more »

Filem 'Pecah Panggung', Produksi Di Syor Bantu Bangunkan Semula Rumah Peninggalan Mat Kilau Sebagai Destinasi Pelancongan Sejarah Baharu !

 

Filem 'Mat Kilau' dah untung jutaan ringgit, maka saya dengan ini syor dan cadangkan agar Syamsul Yusoff dan Produksi Studio Kembara buat kerja amal berbesar hati untuk menaja pembinaan semula rumah kelahiran Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut dan Batu 5, Jalan Gambang, Kuantan untuk dijadikan produk pelancongansejarah baru negara kita. 

Kedua-dua rumah ini sudah lama terbiar layu ditelan dek zaman. Di Kampung Kedondong, Pulau Tawar iaitu rumah kelahiran Mat Kilau hanya ada papan tanda dan tapak rumahnya sahaja.

Sementara itu di Batu 5,  pula rumah sedia ada memang sudah usang dimamah dek anak-anak, menunggu masa untuk terus mereput. Walhal disitulah Mat Kilau habiskan sisa-sisa hidupnya sebelum mengisytiharkan dirinya adalah pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di bumi Pahang dulu. Peristiwa itu berlaku pada Disember 1969, sebelum beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Kampung Kendondong Pulau Tawar pada Ogos 1970. 

Kedua-dua lokasi ini wajar dibina semula supaya ia memjadi daya tarikan baru untuk pelancongan di negeri Pahang. Dengan terbinanya rumah terbabit maka, banyak lagi bahan sejarah silam boleh dipamerkan disitu.

Pada masa ini hanya ada Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar, itu pun hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Sedangkan pelancong biasa datang pada hari cuti hujung minggu atau pun cuti umum.

Begitu juga lokasi di Batu 5, Kuantan yang ada hanya galeri sementara yang dibina oleh Cucu Mat Kilau, Alhamdi Abu Bakar di Sekolah Kebangsaan Padang Garuda. Itu pun kerana beliau menjadi Guru Besar di sekolah terbabit sekarang. Namun, sudag pasti ia hanya boleh dikunjungi pada hari persekolahan sahaja kerana Sabtu Ahad sekolah cuti. 

Justeru dengan terbinanya replika rumah Mat Kilau pastinya akan dapat menarik lebih ramai  pelancong dari  dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini. Harus diingat di Melaka, perigi Hang Tuah pun boleh dijadikan tarikan pelancongan dan sumber ekonomi penduduk apabila orang ramai berkunjung dan membeli buah tangan serta cenderamata di situ.

Walhal pahlawan Hang Tuah kisahnya wujud sejak beribu tahun dahulu, entahkan betul atau sekadar legenda semata-mata. Tapi Mat Kilau masih hidup pada zaman moden iaitu selepas negara kita sudah capai kemerdekaan. Sepatutnya peninggalan sejarah pahlawan itu diangkat dan dimajukan, bukan sekadar cerita semata-mata. Banyak lagi bahan sejarah Mat Kilau di Pulau Tawar dan Batu 5 yang boleh dijadikan bahan sejarah sebenarnya. 

Tiba masanya rumah kelahiran dan kediaman Pahlawan Melayu Pahang ini dinaiktaraf agar ia terus dikenang dek anak cucu dan generasi akan datang. Sejarah perlulah dipertahankan!

Sebab itu saya cadangkan produksi filem Mat Kilau, menaja pembinaan tersebut kerana mereka sudah mengaut untung besar atas pembikinan filem menggunakan jenama Mat Kilau, biar pun sekadar fiksyen semata-mata.

Bahkan, filem Mat Kilau boleh terus kekal ditayangkan dalam galeri rumah Mat Kilau selamanya untuk tontonan pelancongan yang tidak sempat menyaksikannya sekarang. Ia boleh dijadikan bahan sejarah berharga bagi menaikan semangat perjuangan agama, bangsa dan negara kepada generasi muda.

Saya juga merayu agar pihak kerajaan turut menyedari perkara ini. Sudah puluhan tahun terbiar, apa salahnya ia didirikan semula bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan sejarah di bumi Pahang Darul Makmur ini. Apa guna kita sekadar menonton semata-mata tapi hakikatnya warisan Mat Kilau terus terbiar dan tidak dipulihara seperti warisan sejarah yang lain di negara kita. #CMK

Read more »

Pengkhianat Isu Tanah Terhadap Orang Melayu, Angkara Siapa ??

 

Saya agak terkejut hari ini, bila ramai rakyat yang menghubungi saya dan menyokong kenyataan berkaitan isu 'faraid tanah' yang berlaku sejak sekian lama. Saya hanya nak perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan.

Saya tidak mahu gara2 sikap tamak haloba mereka yang diberi amanah dan tanggung jawab, tiba-tiba mereka khianat demi kejar kekayaan. Nasib rakyat terutamanya orang Melayu diperkotak-katikkan. Mereka kaya raya kerana perbuatan tersebut.

Rakyat di nafikan hak untuk memiliki tanah di bumi sendiri kerana tak mempunyai wang ringgit untuk membayar 'kerja orang dalam'. Semua ini sudah lama terjadi, tetapi tiada siapa yang berani  mengangkat isu ini.

Sebab itu mereka yang terlibat tersenyum riang ria dan terus bermaharajalela. Mereka tidak takut dengan aduan demi aduan oleh rakyat kerana 'kartel' sudah lengkap dari atas sampai ke bawah. Tambah malang lagi, ada juga yang berani menggunakan nama sendiri tanpa rasa takut dan bersalah. Bagi yang guna proksi dan kroni itu memang sudah jadi amalan biasa sejak sekian lamanya.

Sebab itulah saya terpaksa bersuara demi menggembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Kebobrokan harus di dedahkan demi masa depan generasi akan datang. Sampai bila kita harus menyaksikan adengan ini terus berlaku di depan mata?

Maka terpaksa saya bangkit membela nasib rakyat marhaen yang ditindas sedemikian rupa. Saya tidak mahu bangsa sendiri dipijak2 oleh golongan yang terlalu rakus membina kekayaan di atas mukabumi ini.

Justeru, saya menggesa supaya kerajaan bertindak demi sebuah keadilan untuk rakyat. Jangan nanti rakyat menolak kerajaan pada pilihanraya umum akan datang gara-gara benci dengan sikap mereka yang khianat ini.

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
[ Blogger Cucumatkilau ]
https://bloggercucumatkilau.blogspot.my

Baca keratan artikel Pahang Daily di sini >> https://www.facebook.com/cmkshukrieramly
#CaknaDemiRakyat  #SuaraRakyatMarhaen

Read more »

Tabung Dana Rakyat Lawan Kes Saman Banjir Balak Bentong RM1 Juta Kini Jadi Bahan Serangan !

Antara punca saya amat malas nak merayu sokongan dana bila berlaku kes mahkamah ialah disalah ertikan oleh mereka untuk jadi bahan menyerang saya, seolah2 saya tiada sokongan rakyat. 

Tapi mungkin juga TIADA, sebab penyokong bertepuk bila angkat isu2 balak banjir Bentong dulu. Sokongan padu daripada semua pihak.

Namun bila didakwa ke mahkamah atas kes tersebut, ramai yang cabut dan menikus, hatta nak hulurkan apa2 sumbangan. Bukan orang lain, malah rakan2 taulan yang konon mengkagumi perjuangan. 

Saya perlu bayar peguam untuk berhadapan kes ini. Namun, rakyat yg saya ingat bangkit bersama telah hilang dari radar.

Saya kenal.. sorang2 rakan yang selama ini sokong. Tapi, nak menyumbang RM10 pun berkira. Mereka sanggup biarkan pejuang bersendirian. 

Inilah takdir dalam perjuangan. Apa pun sabar demi sebuah pengharapan yang tiada kesudahannya.

Saya tak salahkan pihak Pahangku Media menyerang, sebab itu tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=7491936660879866&id=173935606013378

Namun, saya hairan rakyat yang berdegar2 menyokong perjuangan tiba2 hilang begitu sahaja. Memang ada yang hulur sumbangan, namun ia masih tidak mencukupi untuk kos guaman yang diperlukan.

Terpaksalah saya bergolok bergadai untuk berhadapan dengan situasi ini. Moga Allah mempermudahkan segala urusan hendaknya. #CMK

Read more »

Kerajaan Negeri Melaka Di Gesa Arahkan Pengusaha Restoran Terima Kaedah Bayaran Tanpa Tunai !

 

Tengahari tadi saya sempat bersama keluarga dan saudara mara singgah menjamu selera di sebuah restoran asam pedas di Bandar Hilir, Melaka.

Caj harga menu makanan yang terpaksa dibayar agak tinggi namun saya tidak bicara soal harga atau sikap peniaga di restoran terbabit.

Apa yang ingin saya kongsikan, cuma sekadar pandangan agar perubahan dilakukan demi kemudahan para pelanggan terutamanya pelancong dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Melaka dengan bangga umum menyasarkan seramai 305 pengayuh beca akan dilengkapi kemudahan Touch ‘n Go eWallet. Sekaligus menjadi negeri pertama dalam negara yang menawarkan perkhidmatan itu secara bebas tunai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, memaklumkan hampir 80 peratus atau 244 daripada pengayuh beca telahpun menggunakan aplikasi tersebut bagi memudahkan pembayaran oleh pelanggan.

Rujuk laporan artikel Utusan Malaysia di https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/beca-melaka-tanpa-tunai-menjelang-syawal/

Sudah bagus beca guna bayaran tanpa tunai, tapi lain pula di restoran yang terbabit. Saya cuba buat bayaran tanpa tunai atau pindahan wang (transfer fund), namun ditolak oleh pengusaha restoran terbabit atas alasan premisnya hanya gunabayaran tunai sahaja. 

Lebih panas lagi, dia pula nasihatkan saya selepas diajukan sepatutnya perlu ada

sistem EWallet, QRPay, Debit Card, TouchNGo, Boost dan sebagainya untuk tujuan bayaran.

Tambahan pula Melaka adalah destinasi pelancongan utama di negara ini. Namun dijawab dengan mudah "Encik sepatutnya sediakan wang tunai dan bertanya sebelum makan".

Terharu hati saya bila dia juga arahkan saya keluarkan wang tunai di mana-mana mesin ATM untuk buat bayaran. Saya tidak mahu berbalah panjang dan beredar mencari mesin ATM untuk buat pengeluaran wang dan bayar harga makanan berkenaan.

Mujurlah saya tidak mahu berbalah panjang dan akur dengan arahan pengusaha restoran terbabit. Namun terdetik dihati saya, apa akan jadi sekiranya pelanggan terus 'cabut' kerana kecewa dengan situasi itu. Naya kepada para pelanggan, dalam cuaca panas terpaksa jalan kaki mencari mesin ATM. Bukankah lebih elok jika ada sistem pembayaran secara tunai. 

Justeru, saya mohon Kerajaan Negeri Melaka ambil perhatian terhadap isu ini. Zaman dah berubah, naya kepada pelancong kalau benda  macam ini tidak ditangani sebaiknya. Jika beca boleh gunakan kaedah bayaran tanpa tunai, sepatutnya ia turut diwajibkkan kepada premis lain termasuk pengusaha kedai makan. 

Hargailah kehadiran pelancong, jangan paksa mereka buat sesuatu yang menyusahkan. Mujurlah mesin ATM tidak bermasalah atau kehabisan wang ketika kejadian. Pernahkan para peniaga memikirkan soal ini. Terimalah bayaran tanpa tunai yang lebih memudahkan. #CMK

Read more »

Peristiwa Pahlawan 'Mat Kilau" Buat Kemunculan Diri Pada Tahun 1969 Selepas Disangka Mati Gemparkan Seluruh Negara !

Jika disebut nama Mat Kilau, secara spontannya kita akan mengenali tokoh tersebut sebagai salah seorang pahlawan Melayu yang kuat menentang penjajahan Inggeris di negeri Pahang pada akhir abad ke-19. Bersama ayahnya, Tok Gajah (Imam Rasu) dan pahlawan-pahlawan Pahang yang lain seperti Datuk Bahaman dan Mat Kelubi, antara sebab utama mereka menentang penjajahan Inggeris di Pahang ialah campurtangan pihak Inggeris dalam pemerintahan negeri Pahang. Mat Kilau merupakan anak jati kelahiran Kampung Pulau Tawar di Jerantut, Pahang, yang didakwa dilahirkan sekitar tahun 1848.

Beliau bersama para pengikutnya telah beberapa kali berperang dengan tentera Inggeris dan tentera Siam di sekitar negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sekitar tahun 1895, beliau dilaporkan hilang dan didakwa telah terbunuh di sempadan Kelantan-Siam dalam laporan Pemangku Residen British di Pahang iaitu D. H. Wise. ‘Jenazah’ beliau telah ‘dikebumikan’ di Kampung Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1895.

Walau bagaimanapun, pada 26 Disember 1969, negara digemparkan dengan kemunculan seorang lelaki tua yang mengumumkan bahawa dirinya adalah Mat Kilau di dalam sebuah masjid di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang, selepas solat Jumaat. Lelaki tersebut dikenali oleh orang kampung dengan nama Mat Siam. Selain memakai nama Muhammad bin Ibrahim, beliau turut dikenali dengan gelaran Mat Dahan, Mat Dadu, Mat Teoh dan Din.

Pengakuan tersebut tersebar dengan begitu cepat ke seluruh negara melalui berita di dada-dada akhbar dan mendapat perhatian ramai pihak termasuklah kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Hj. Yahya Mohd. Seth bersama rombongan beliau melawat sendiri lelaki tersebut di rumahnya.

Berikutan isu tersebut, kerajaan Pahang telah membentuk Jawatankuasa Menyiasat Munchul-nya Mat Kilau pada awal bulan Januari 1970 yang dianggotai oleh enam orang anggota jawatankuasa dan diketuai oleh Dato’ Abdul Aziz Ahmad atas perkenan kebawah duli Sultan Pahang ketika itu.

Beberapa hari selepas mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut, tahap kesihatan Mat Kilau tiba-tiba merosot yang menyebabkan beliau tidak boleh bercakap dengan cara yang boleh difahami umum dan pergerakannya menjadi terbatas. Dikatakan perkara tersebut berlaku kerana Mat Kilau telah melanggar sumpah yang dibuat bersama-sama rakan seperjuangannya supaya tidak mendedahkan identiti dan kisah mereka kepada umum.

Jawatankuasa tersebut terpaksa menggunakan cara lain untuk menyiasat perkara tersebut iaitu dengan cara merujuk rekod-rekod kolonial dan akhbar serta kesaksian rakan-rakan seperjuangan Mat Kilau yang masih hidup ketika itu memandangkan keterbatasan bagi mereka untuk mendapatkan maklumat daripada mulut Mat Siam sendiri.

Usaha tersebut turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak seperti pihak Muzium Negara, Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu serta beberapa orang sarjana dari Universiti Malaya seperti Prof. Mohd. Taib Osman (Jabatan Pengajian Alam Melayu), (Prof.) Khoo Kay Kim (Jabatan Sejarah) dan Prof. Tan Eng Siong (Jabatan Perubatan Ilmu Jiwa).

Pada mulanya, kebanyakan sarjana sejarawan tempatan meragui dakwaan Mat Siam tersebut seperti Cikgu Buyung Adil, Shaharom Husain, Prof. Syed Hussein Alatas dan (Prof.) Khoo Kay Kim sendiri kerana mereka masih belum diyakinkan dengan bukti-bukti kukuh yang konkrit, walau bagaimanapun, mereka tidak menolak bulat-bulat dakwaan tersebut.

Prof. Syed Hussein Alatas mencadangkan supaya individu tersebut dianugerahi darjah kebesaran Tan Sri jika penyiasatan jawatankuasa tersebut mengesahkan beliau adalah Mat Kilau memandang kepada jasanya yang besar dalam memperjuangkan kebebasan tanah air.

Jadi, bagaimanakah laporan-laporan pegawai kolonial dan akhbar-akhbar pada tahun 1895 yang melaporkan bahawa Mat Kilau telah terbunuh dan telah dikebumikan di Bunut Payung, Kelantan? Dalam laporan jawatankuasa tersebut mencatatkan bahawa Mat Siam pernah bercerita kepada ahli keluarganya yang terdekat bahawa sememangnya beliau telah ditangkap dan dipukul oleh tentera Siam sehingga pengsan, tetapi beliau tidak mati. ‘Mayatnya’ kemudiannya diserahkan kepada Sultan Kelantan ketika itu untuk urusan pengebumiannya.

Walau bagaimanapun, Sultan Kelantan tersebut mendapati yang Mat Kilau belum lagi mati setelah Mat Kilau sedar daripada pengsannya. Oleh kerana itu, baginda telah berpakat dengan orang-orang istana supaya menukarkan ‘jenazah’ Mat Kilau dengan batang pisang yang telah dikafankan dan membebaskan Mat Kilau setelah menasihati beliau supaya terus hidup dalam penyamaran.

Sejak itu, Mat Kilau berpindah randah di sekitar negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk menyembunyikan identiti sebenarnya kerana bimbang diburu tentera Inggeris. Beliau menggunakan pelbagai nama samaran. Kediaman terakhirnya ialah di Batu Lima, Jalan Gambang, Kuantan.

Ketika membuat kad pengenalan pada tahun 1948, beliau mendaftarkan dirinya sebagai Muhammad bin Ibrahim dengan nombor kad pengenalan 2044778. Teh Ibrahim adalah salah seorang adiknya yang juga berjuang bersama-samanya. Tidak diketahui secara jelas mengapa beliau menggunakan nama samaran yang berbinkan adik lelakinya.

Sepanjang lebih 70 tahun beliau menyamar, beliau membuat beberapa pekerjaan dan cuma saudara terdekat, beberapa orang kenalan rapat dan anak-anak didik silatnya sahaja yang mengetahui identiti sebenarnya. Beliau pernah bekerja sebagai pengutip getah taban, buruh jabatan ukur, pengusaha kebun getah selain mengajar silat. Beliau telah menyuruh anak-anak murid silatnya bersumpah bahawa mereka tidak akan mendedahkan identiti sebenarnya sehinggalah kubur beliau dikambus nanti (mati).

Pada bulan Disember 1969, setelah beliau didesak berkali-kali oleh cucunya, Abu Bakar Hassan dan ahli keluarga terdekat yang mengenali identiti sebenarnya, maka Mat Siam pun bersetuju untuk mendedahkan identitinya kepada kaum keluarganya yang lain termasuklah kepada anak-anak kandungnya sendiri.

Pada 26 Disember 1969, setelah selesai bacaan doa selepas solat Jumaat yang dibaca oleh imam, Mat Siam ke mimbar Masjid Pulau Tawar, membaca Surah al-Fatihah, kemudian membaca Surah al-Baqarah ayat 1-5, seterusnya mengisytiharkan dirinya secara terbuka kepada umum bahawa beliau adalah Mat Kilau. Beliau membuat keputusan untuk mengisytiharkannya di kampung kelahirannya sendiri.

Berita tersebut tersebar luas dengan begitu cepat ke seluruh negara melalui dada-dada akhbar. Jawatankuasa dibentuk untuk mengesahkan dakwaan tersebut. Kaum keluarga, rakan-rakan seperjuangan Mat Kilau yang masih hidup dan orang-orang tua kampung yang berumur lebih 90 tahun disoal siasat untuk menilai kesaksian mereka.

Anggota keluarga Mat Kilau mengesahkan identitinya melalui pengecaman tanda-tanda lahir dan tanda-tanda peluru pada badan sebagaimana yang diceritakan kepada mereka dahulu. Begitu juga ramai golongan tua yang pernah melihat Mat Kilau sebelum ‘kematiannya’ turut mengesahkan identitinya.

Berita tersebut juga menarik perhatian beberapa orang menteri seperti (Tun) Abdul Ghaffar Baba, Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar ketika itu yang datang sendiri ke rumah Mat Kilau di Kuantan dan beramah mesra dengannya.


Tiga bukti paling kuat ialah pengesahan daripada tiga orang rakan seperjuangan Mat Kilau yang pernah ikut berjuang bersamanya dahulu yang masih hidup.

Mereka ialah Mat Saman Sulaiman atau nama samarannya Mat Kelantan dari Kelantan yang dilaporkan berusia 152 tahun, Raja Ibrahim Tan Kechik atau gelarannya Pak Yim yang juga dari Kelantan yang dilaporkan berusia 120 tahun dan Mek Munah binti Salleh dari Terengganu yang dilaporkan berusia 97 tahun.

Mereka berempat telah dipertemukan di Dewan Pusat Latihan Pertanian di Kuantan, Pahang, dengan diusung oleh saudara mara kerana ketiga-tiga mereka telah uzur. Dalam pertemuan tersebut, mereka berempat saling mengenali dan menangisi antara satu sama lain kerana mereka terlalu gembira dapat dipertemukan dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang telah terpisah selama tiga suku abad. Peristiwa bersejarah tersebut turut disaksikan lebih 600 orang (laporan lain tidak lebih daripada 1,000 orang) ramai yang berhimpun di dewan tersebut.

Tepat jam 10:30 pagi, hari Khamis, 6 Ogos 1970, Tan Sri Haji Yahya, Menteri Besar Pahang ketika itu mengisytiharkan bahawa Mat Siam adalah Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang yang menentang Inggeris pada akhir abad ke-19 berdasarkan laporan Jawatankuasa Menyiasat Munculnya Mat Kilau yang telah menjalankan penyiasatan teliti selama tujuh bulan.

Sebanyak 20 kali mesyuarat diadakan sepanjang penyiasatan tersebut. Laporan tersebut juga menyatakan umur sebenar Mat Kilau ketika itu bukanlah 122 tahun seperti yang didakwa (lahir tahun 1848), tetapi sekitar 106 atau 107 tahun (lahir sekitar tahun 1866 atau 1867) kerana ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah (Imam Rasu) hanya berkahwin dengan Teh Mahada iaitu ibu Mat Kilau selepas Perang Saudara Pahang pada tahun 1863.

Malangnya sepuluh hari selepas pengisytiharaan tersebut iaitu pada 16 Ogos 1970, jam 6:45 pagi, Mat Kilau meninggal dunia dan dikebumikan di tanah air kelahirannya, Kampung Pulau Tawar, Jerantut kerana sakit tua. 

Amanat terakhirnya kepada kaum keluarganya ialah “Jagalah nama baik bangsa dan negara.” Sultan Pahang yang ketika itu berada di Johor telah memerintahkan dua kaki payung kebesaran diraja warna bendera negeri hitam dan putih dipayungkan ke atas jenazah Mat Kilau.

Seluruh negara turut bersedih atas pemergian tokoh pahlawan Melayu tersebut. Ribuan rakyat Malaysia menghadiri upacara pengebumian jenazah Mat Kilau. Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu turut mengirim ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. 

Kerajaan Pahang dan kerajaan Persekutuan yang merancang untuk mengurniakan gelaran darjah kebesaran kepada beliau tidak sempat berbuat demikian. Begitu juga sebuah syarikat perkhidmatan haji yang pernah menawarkan khidmat pengurusan ibadat haji kepada Mat Kilau secara percuma, tidak dapat menunaikannya kerana Mat Kilau telahpun terlalu uzur ketika itu.

Menurut anak murid silat dan juga menantu Mat Kilau iaitu Abu Bakar Awang, beliau bersama-sama mertuanya itu pernah ke Padang Masjid Negeri di Kuantan untuk turut sama menyambut kemerdekaan negara peringkat negeri pada pagi 31 Ogos 1957.

Oleh itu, Mat Kilau merupakan satu-satunya tokoh pahlawan Melayu abad ke-19 yang sempat hidup menyambut kemerdekaan negara, suatu cita-cita yang sering diimpikannya suatu ketika dahulu bersama-sama rakan-rakan seperjuangannya. Begitulah kehidupan seorang pejuang sejati yang tidak mengharapkan anugerah tetapi sentiasa mahu melihat tanah airnya bebas merdeka.

Menariknya, salah seorang cucu Mat Kilau iaitu Datuk Mazlan Jamaluddin, seorang bekas Penolong Penyiaran di stesen radio BBC di United Kingdom pernah bercerita bahawa sewaktu beliau berkhidmat di BBC ketika itu, seorang bekas pegawai kolonial Inggeris yang juga bekas Ketua Perisikan MI5 yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu dahulu pernah memberitahunya, “Mazlan, your grandfather Mat Kilau is still alive.”

Perbualan tersebut berlaku pada tahun 1963, enam tahun sebelum Mat Kilau mengisytiharkan identiti sebenarnya kepada umum. Ini menunjukkan kemungkinan pihak Inggeris mengetahui bahawa pahlawan Melayu Pahang tersebut masih hidup ketika itu

Satu perkara yang dapat kita pelajari ialah betapa kuatnya pahlawan Melayu berpegang pada sumpah dan janji walaupun terpaksa merahsiakannya daripada pengetahuan isteri-isteri dan anak-anak kandung mereka sendiri. Walaupun selepas 13 tahun negara mencapai kemerdekaan, Mat Kilau tetap berpegang pada sumpahnya yang akhirnya terpaksa dilanggarnya setelah didesak bertalu-talu oleh cucu dan saudara mara terdekat yang mengenalinya.

Mereka berjuang dengan hati yang penuh ikhlas. Penulis ada membaca satu laporan akhbar ketika itu bahawa setelah Mat Kilau mengisytiharkan identiti sebenarnya kepada umum, ramai yang datang menziarahinya di rumah anaknya, Omar, dengan membawa pelbagai buah tangan dan ada juga yang memberi wang tetapi semua pemberian tersebut ditolak mentah-mentah oleh Mat Kilau, bahkan beliau sendiri mengoyak-ngoyakkan wang kertas tersebut.

Hargailah jasa pengorbanan para pejuang tanah air yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri kerana tidak sanggup melihat tanah air mereka dijajah oleh kuasa asing yang hanya mengeksploitasi kekayaan hasil bumi kita kemudiannya dibawa ke negara mereka untuk kepentingan mereka sendiri.

Mereka dianggap sebagai penderhaka dan penjenayah oleh penjajah, tetapi mereka merupakan wira bagi anak watan. Kaji sejarah perjuangan mereka, pelihara warisan sejarah tinggalan mereka sebagai semangat motivasi, warisan negara dan pelajaran untuk generasi muda akan datang. Paling penting bagi mereka yang beragama Islam, doakan kesejahteraan mereka di alam barzakh sana. #rujukan

Read more »