Benarkah apa yang diperkatakan oleh semua pihak sebelum ini bahawa Fairus memang "terlibat secara langsung" dengan isu tersebut, hingga membawa kepada perletakkan jawatan beliau itu. Sementara itu Fairus pula menyatakan, peletakan jawatan tersebut adalah sebagai langkah membersihkan nama baiknya yang tercemar selama ini. "Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tomahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," katanya. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempoh perkhidmatannya. "Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menegakkan kebenaran dan keadilan," katanya.
[Kami menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Saudara Fairus Khairuddin itu. Cuma apa yang amat diharapkan ialah dengan perletakkan jawatan itu ia diharap dapat memuaskan hati sesetengah pihak yang begitu "berdengki" dan sengaja mahu mencari pasal bagi menjatuhkan kepimpinan beliau selama ini. Kami juga melihat apa yang berlaku kepada Fairus ini membuktikan bahawa beliau rela bersikap profesional dengan mengorbankan kedudukannya itu. Tidak timbul soal dibeli atau sebaliknya dalam kes ini. Tambahan pula kita harus ingat dan sedar bahawa DUN Penanti terletak dalam kubu kuat PKR iaitu Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi oleh Anwar dalam pilihanraya kecil kawasan itu tahun lalu. Apakah BN dapat melakukan sesuatu untuk menakluki kawasan itu agaknya. Maka beruntunglah rakyat di DUN Penanti, kerana bakal sekali lagi mendapat durian runtuh selepas ini].
0 Komen Artikel Ini:
Post a Comment