
Genapnya usia 38 tahun hari ini juga Cucu ada menyimpan satu keazaman untuk terus menjadi pembela rakyat sebenarnya. Bagi Cucu, apalah erti kehidupan didunia ini jika kita tidak sanggup untuk berjuang bersama-sama rakyat yang tertindas. Maka itulah Cucu akan terus memainkan peranan yang lebih serius dalam usaha yang menjurus ke arah itu. Jumaat lalu, laporan polis telah dibuat sekali lagi berhubung dengan isu tangkapan Cucu tahun 2007 lalu. Anehnya, laporan yang dibuat sengaja dipermain-mainkan oleh pihak polis. Malah tidak ada pegawai atasan (IO) yang berani tampil untuk menyiasat perkara ini. Berbagai alasan diberikan kononnya pegawai berada di mahkamah dan sebagainya. Malah janji pihak polis untuk menghubungi Cucu juga nampak tidak akan menjadi kenyataan. Justeru itu, kemungkinan besar minggu ini Cucu akan sekali lagi membuat laporan polis, tetapi kali ini akan disertakan dengan peguam dan media. Ini bagi memberi amaran kepada pihak polis agar tidak bertindak sewenang-wenangnya kepada rakyat. Kemungkinan besar saman akan difailkan terhadap kesemua anggota polis terbabit dalam masa terdekat ini juga. Esok 26 Mei 2009, Cucu juga dipanggil ke TV Antara di Shah Alam. Ini berikutan dengan ujibakat yang Cucu lalui minggu lalu. Tidak pasti apakah Cucu berjaya atau sebagainya. Namun, besar harapan ada satu sinar baru untuk Cucu dalam membuat perubahan besar politik tanahair selepas ini. Banyak agenda yang perlu Cucu lakukan demi menjayakan hasrat itu. Terima kasih atas dorongan dan sokongan rakan-rakan atas perjuangan ini. Suara rakyat harus didahulukan dan itulah matlamat hidup ini. Salam perjuangan buat semua.
0 Komen Artikel Ini:
Post a Comment