
Inilah yang amat tidak wajar sebenarnya. Sepatutnya PKR sudah merangka banyak aktiviti ceramah umum terutamanya memaksimumkan penggunakan pentas ceramah di Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang di Jalan Beserah. Namun, apa yang berlaku janji-janji untuk membawa penceramah terkenal setiap bulan atau dua bulan sekali seperti yang diwar-warkan selama ini hanyalah tinggal angan-angan. Jelas dapat dilihat pentas yang indah dan gagah dalam kawasan sendiri itu hanya digunakan untuk ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata. Selepas itu ianya lengang dan tiada aktiviti ceramah besar diadakan disitu. Mahu disalah kepada Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi PKR Pahang tidak mungkin, kerana kerja-kerja itu sepatutnya diatur oleh satu jawatankuasa khas yang dibentuk oleh Majlis Pimpinan Negeri. Akhirnya CMK selesa bersama di pentas PAS biar pun banyak tohmahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Bagi CMK, ruang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin untuk menyedarkan rakyat supaya menolak UMNO BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. PKR sepatutnya sudah matang untuk mencatur politik, dan bukan sahaja bergantung kepada PAS. Apakah pilihanraya umum kali ini, mereka masih mahu berharap dan bergantung kepada jentera PAS seperti dulu. Paling menakutkan, PKR Pahang dilihat masih gagal melahirkan pencerah-penceramah muda untuk membantu Pakatan Rakyat dalam apa jua program ceramah yang diatur di seluruh negeri Pahang. Ke mana hilangnya taring anak muda keadilan yang sepatutnya di manfaatkan untuk memastikan kemenangan itu agaknya?.

Rombakan dan perubahan besar yang berlaku dalam PKR Pahang baru-baru ini diharap akan memantapkan perjuangan parti itu. Mereka yang dilantik dan dikekalkan harus sedar akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Maka itulah, gerak kerja yang lebih bersepadu perlu dirancang dengan baik dan teliti agar natijah asal perjuangan dapat diteruskan. Rakyat Pahang memang mahukan perubahan besar kali ini. Pahang juga adalah negeri besar yang sudah pastilah memerlukan perbelanjaan besar untuk menggerakkan segala macam aktiviti. Maka itu, perbanyakkanlah aktiviti termasuk penambahan pengundi berdaftar agar mereka terlibat sama dalam memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum akan datang hendaknya. CMK doakan agar perjuangan tersebut dapat diteruskan dengan jayanya. Jangan biarkan kesempatan dan kekurangan yang ada itu menyebabkan musuh mudah untuk mengambil peluang mereka. Pakatan Rakyat ada strategi, tetapi UMNO BN juga punyai perancangan yang rapi untuk memastikan kuasa yang ada ditangan mereka terus dikekalkan sebenarnya. Buat perubahan dan jangan sekadar mengharap kepada pihak-pihak tertentu semata-mata. Bersama-samalah meneruskan perjuangan untuk membela rakyat secara keseluruhannnya.
0 Komen Artikel Ini:
Post a Comment