
"Kini, nasi sudah menjadi bubur... akhirnya rakyat menderita dan ada mangsa yang meninggal dunia gara-gara kejadian berkenaan. Saya juga hairan berdasarkan laporan media pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian... Bayangkan dalam tempoh 20 minit dan ketika manusia sedang tidur lena enak dibuai mimpin mana mungkin mereka boleh bersiap sedia begitu cepat untuk menyelamatkan diri. Sepatutnya siren dibunyikan dua atau tiga jam sebelum.. kenapa bila sudah kritikal baru TNB mahu bertindak?", tambah beliau lagi. Justeru beliau amatlah berharap agar pihak berkuasa mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Katanya, kerajaan harus cakna dan mendengar suara rakyat sebelum melaksanakan sesuatu projek yang berisiko tinggi seperti ini di masa akan datang.
[Kerajaan sepatutnya bertindak tegas apabila mendapat aduan daripada rakyat. Jangan terlalu mengejar keuntungan semata-mata hingga mengabaikan tanggungjawab sosial kepada rakyat itu sendiri. Sebelum ini sudah banyak isu pencerobohan dan penggondolan hutan yang berlaku di Cameron Hinghlands. Namun, apabila dibongkarkan seolah-olah pihak yang berkenaan kebal dari undang-undang. Kemungkinan besar unsur rasuah menyebabkan mereka bertindak demikian. Banyak maklumat daripada penduduk di Cameron Hihglands mengatakan projek begitu mudah dibuat di sana asalnya ada "wang besar" yang boleh dihulurkan kepada pihak-pihak tertentu, walau pun kawasan yang dipohon itu tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sendiri sebenarnya. Apalah gunanya undang-undang jika ia gagal dilaksanakan?. Maka itu, jabatan kerajaan yang berkenaan digesa tidak menutup sebelah mata isu ini. Jangan kerana dapat habuan maka banyak projek yang berisiko diluluskan hingga menjejaskan nama Kerajaan Negeri Pahang sendiri akhirnya. Oleh itu, berhati-hatilah dan dengar suara rakyat. Jangan, bila sudah berlaku.. baru mahu sedar!].
0 Komen Artikel Ini:
Post a Comment