Jumaat lalu, 20 Mac saya telah membuat laporan polis terhadap gadis Melayu yang bertindak biadap menghina hukum hudud seperti yang sedang diviralkan di media sosial beberapa hari. Laporan telah dibuat di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sekitar jam 10.00 pagi dan kes disiasat oleh ASP Zunfikri.
Saya terpanggil untuk membuat laporan kerana sudah tidak tahan lagi dengan adengan memualkan yang dipaparkan pada video terbabit. Saya hairan, gadis yang dikenali sebagai Aisyah Tajuddin itu tergamak menggadaikan maruahnya untuk melakukan tindakan yang jelas sekali amat sukar dimaafkan sebenarnya.
Bagi saya..selemah-lemah iman, ialah dengan membuat laporan polis terhadap gadis terbabit. Tidak kira apa alasan yang beliau berikan ianya tetap satu penghinaan dan tertakluk dibawah Akta Hasutan. Saya tahu pasti ada dalang disebalik pembikinan video ini, maka itu saya telah menggesa pihak polis melakukan siasatan yang rapi untuk membawa mereka ke muka pengadilan.
0 Komen Artikel Ini:
Post a Comment