Banjir sudah acap kali berlaku, namun isu pilih kasih, double standard, pilih bulu dan melayan mangsa banjir secara tidak adil seringkali kita dengar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Kajian saya menunjukkan, PPS sepatutnya tak diuruskan oleh pemimpin masyarakat setempat kerana isu tadi pasti akan timbul.
Biasanya mangsa yang tidak dilayan dengan saksama ini adalah penyokong parti lawan, pembangkang atau mangsa-mangsa yang berfahaman politik berbeza dengan pihak berkenaan.
Maka banyak kendengaran disana sini perkara yang saya maksudkan. Ada yang rumah tidak serius dinaiki air mendapat bantuan. Tapi bagi rumah yang air naik sampai ke bumbung tidak dapat.
Agihan pilih kasih ini memang berlaku sejak sekian lama. Bila ditegur maisng-masing melenring dan tidak akan mengaku, malah menafikan serta menganggap ia adalah fitnah jahat semata-mata.
Namun, sedarlah semua bahawa tibalah masa kamu yang dipertanggungjawabkan untuk agih barangan bantuan bersikap jujur dan amanah. Tidak perlulah sorok barang, faraid barangan sesama keluarga, saudara mara, proksi, kroni dan sebagainya.
Kemudiannya bila habis banjir barangan tersebut dijual kepada pihak tertentu untuk mendapatkan wang keuntungan. Diagih sesama petugas banjir yang sudah ada elaun.
Saya pernah mencadangkan agar petugas di PPS ini kerajaan lantik pihak yang berkecuali seperti pelatih PLKN atau pun anggota ATM.
Mereka tidak memihak serta lebih berdisplin dalam melaksanakan tanggungjawab.Namun setiap kali musim banjir, pasti pemimpin masyarakat setempat yang akan diberi hak menguruskan agihan bantuan.
Maka terjadilah, isu yang saya perkatakan tadi. Agihan hanya untuk 'orang kita', bukan orang kita minta maaf. Sama ada dilambatkan atau langsung tidak mendapat hak. Jika ada pun sekadar melepaskan batuk ditangga. Namun, bila melibatkan puak-puak mereka, berguni-guni beg beras dan barangan lain akan diberikan.
Malah, ada kes sampai boleh makan hingga empat lima bulan. Tak perlu beli beras, gula, tepung dan sebagainya. Pendek kata mewah barangan dapur seisi keluarga. Walhal, barangan tersebut sepatutnya diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Inilah antara senario yang berlaku sejak sekian lama, tiada perubahan malah isu yamg sering diperkatakan sejak sekian lama. Sampai bilakah isu ini akan berubah? Selagi tiada perubahan dilakukan terhadap petugas yang berkenaan, maka selagi itulah sifat tidak amanah kepada tanggungjawab ini akan terus berpanjangan.
Justeru, saya menggesa pihak kerajaan melakukan tindakan demi keadilan kepada semua pihak. Sudah tiba pihak yang lebih bebas dan adil dipertanggunbgjawabkan untuk menjadi barisna petugas 'frontliner' di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negara.
Usahlah membiarkan rakyat terus menjadi mangsa politik diketika musibah melanda. Layanlah mereka secara lebih berhemah kerana mereka adalah mangsa yamg amat memerlukan sokongan dna bantuan untuk meneruskan kesinambungan hidup pasca banjir yang melanda. #CMK
0 Komen Artikel Ini:
Post a Comment