Selama lebih 24 tahun lamanya saya berlawan dengan Kerajaan Pahang. Macam-macam isu besar yang telah saya terjah seperti isu Lynas, Bauksit, Tasik Chini, Musang King dan berbagai lagi isu panas, kontroversi di negeri ini.
Saya dituduh pengkhianat dan juga penderhaka hingga menyebabkan saya terpaksa lawan menerusi lima pilihan raya yang kesemuanya tertewas jua.
Namun, selepas Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail mengambil alih jawatan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018, saya melihat perubahan yang besar berlaku di bumi Pahang.
Kutipan hasil melebihi RM1 bilion dua tahun berturut-turut mutakhir ini ternyata membuktikan Wan Rosdy adalah Menteri Besar terbaik dalam sejarah negeri Pahang Darul Makmur ini sejak sekian lamanya.
Malah pendekatan yang beliau lakukan untuk membantu rakyat marhaen amat jelas sekali dengan peruntukan besar setiap tahun jelas sekali membuktikan keprihatinan beliau terhadap semua golongan rakyat.
Seorang yang 'humble' dan 'berjiwa rakyat' membolehkan beliau mudah didekati oleh rakyat pelbagai kaum.
Saya sendiri akhirnya mengambil keputusan 'drastik' menyokong beliau pada PRU15 lalu. Walau pun Pahang hampir bertukar kerajaan akibat keputusan yang mengejutkan, namun umum mengetahui ia bukan bermakna rakyat secara keseluruhannya menolak kepimpinan Wan Rosdy.
Tetapi, kekalahan itu akibat unsur 'habuan dan sedekah' mencurah-curah yang diberikan oleh parti tertentu dalam usaha menjatuhkan kerajaan. Kini kes itu telah dibawa ke mahkamah untuk pengadilan. Biarlah mahkamah yang menentukannya.
Wan Rosdy masih kekal MB dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Rakyat (PH) selepas PRU15 lalu.
Banyak agenda pembangunan negeri yang terus dirancang dan bakal dilaksanakan. Pahang kini mengorak langkah menjadi yang lebih baik. Bayangkan ketika BN kalah PRU14 dan hilang kerajaan pusat kepada PH selama 22 bulan, beliau tetap berjaya membawa perubahan di Pahang tanpa bergantung kepada peruntukan pusat.
Ini membuktikan Wan Rosdy pemimpin berwibawa yang boleh membawa negeri Pahang berdidikari ketika susah. Apatah lagi ketika BN dan PH kini bersama dalam Kerajaan Perpaduan sekarang.
Justeru, atas ketokohan dan kewibaan Wan Rosdy maka saya menyeru ahli UMNO seluruh negara memberi sokongan penuh kepada beliau pada pemilihan parti 18 Mac ini. Angkat Wan Rosdy mengisi salah satu daripada tiga jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan.
Saya amat yakin, beliau mampu untuk. melaksanakan tugasnya memulihkan kembali maruah UMNO yang sedikit tercalar baru-baru ini.
Yakinlah, Wan Rosdy adalah calon berwibawa yang terbaik untuk Malaysia kali ini. Beliau telah membuktikan di Pahang, maka kini biarlah tugasan itu diteruskan untuk membantu pucuk pimpinan tertinggi menjaga parti secara keseluruhannya.
Harus diingat, selama lebih 24 tahun saya menentang Kerajaan Pahang dan 30 tahun meninggalkan UMNO tetapi selepas Wan Rosdy membuka laluan untuk perdamaian, maka akhirnya saya mengambil peluang menyokong kepimpinan beliau pada PRU15 lalu.
Bukan mudah untuk saya membuat keputusan jika bukan Wan Rosdy jadi Menteri Besar Pahang. Tapi saya amat menghormati sikap dan kredibiliti beliau yang lebih terbuka untuk membina kerjasama demi rakyat dan ke arah pembangunan negeri ini sendiri sebenarnya.
Undilah CALON NO. 5 untuk masa depan UMNO yang lebih gilang gemilang. Selamat mengundi, buat pilihan yang bijak.
BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)
Like N Subscribe Channel CMK TV https://m.youtube.com/channel/UCOMX71-R0Nw0VI5uwexZmPg
Like, Follow N Share TikTok CMK https://www.tiktok.com/@cmkshukrieramly?_t=8agKo5yiQks&_r=1
https://www.tiktok.com/@cmkcucumatkilau?_t=8agKsmD0Q5K&_r=1
#TokWan4NaibPresiden
0 Komen Artikel Ini:
Post a Comment