SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Pencapaian Politik Shahaniza Yang Naik Mendadak, Amatlah Membanggakan Seluruh Warga Maran !

 

Perlantikan secara rasmi Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn Bhd (KESB) baru-baru ini merupakan satu pengikhtirafan besar kepada jasa-jasa beliau selama ini.

Malahan pencapaian beliau hari ini juga memberi satu penghormatan cukup bermakna dan amatlah membanggakan warga Maran secara keseluruhannya.a

Saya melihat, dari segi pengalaman  Shahaniza adalah antara pemimpin wanita di Pahang yang paling menonjol sekarang ini. 

Beliau juga merupakan bekas Exco Kerajaan Pahang dan ADUN Kuala Sentul untuk beberapa penggal. Maka, dia cukup berpengalaman dan amat sesuai dilantik ke jawatan tersebut. 

Reputasi politik Shahaniza kini naik mendadak selepas beliau menang jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Paling terbaik dia berada di rangking kelapan daripada 25 orang calon MKT yang terpiluh, satu pencapaian yang terbaik bagi calon dari Pahang sejak sekian lama. 

Biar pun tewas pada PRU-15 lalu, namun semangat juang dan kecekalan beliau jelas dapat dilihat menerusi aktiviti dan gerak kerjanya. 

Shahaniza tidak menoleh ke belakang dan tidak menjadikan kekalahan itu sebagai sesuatu yang melemahkan masa depan politiknya. Malah, kerja buat beliau di Parlimen Maran lebih hebat daripada calon yang menang kerusi tersebut sebenarnya. 

Saya melihat dengan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn Bhd (KESB), ia dapat membantu dalam usaha pembangunan pendidikan mahasiswa mahasiswi terutamanya anak pahang. 

Moga University College Yayasan Pahang (UCYP) akan terus menjadi medan dan wadah penyedia pendidikan tinggi kepada anak-anak watan seperti yang dihasratkan oleh Shahaniza sendiri" tambah Shukri lagi. 

Justeru perlantikan anak jati Chenor itu diharap dapat menaikkan lagi martabat dan mutu pendidikan di bumi Pahang khasnya dan negara kita amnya.

Saya sempat bertemu Shahaniza ketika beliau merasmikan Kejohanan Sukan Liga Sahur Pemuda di Gelanggang Futsal, Majlis Daerah Maran (MDM) pada Sabtu lalu.

Shahaniza bijak menyantuni anak-anak muda dan beliau tidak patut kalah pada PRU lalu sebenarnya. Namun, dek kerana unsur sedekah yang ditaburkan kepada golongan terbabit untuk mengundi parti tertentu, akhirnya pemimpin hebat sepertinya tumbang.

Mungkin ada hikmah disebalik kekalahan tersebut, kini nama Shahaniza semakin harum di peringkat nasional sebenarnya. Syabas saya ucapkan dan selamat menjalankan tugas baharu dengan UCYP.

Selamat maju jaya DSSS! 

0 Komen Artikel Ini: