SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Ahli UMNO Yang Masih Tak Boleh 'Move On' Parti Itu Bersama DAP Dalam Kerajaan Perpaduan Wajar Undur Diri !

Ramai kisahnya ahli UMNO yang tidak boleh untuk terima Kongres Nasional Kerajaan Perpaduan dibuat di World Trade Centre (WTC) baru2 ini. Mereka anggap satu penghinaan sebab disitu tempat UMNO sejak sekian lamanya.

Bahkan mereka marah bila DAP juga berada dalam majlis tersebut. Namun mereka tak sedar, UMNO dah lemah hanya ada 30 kerusi parlimen sahaja. Bukan lagi 2/3 majoriti di parlimen, so UMNO bernyawa kembali bila bersama Pakatan Harapan selepas PRU-15.

Sejarah membuktikan, UMNO sudah merudum sejak PRU14. Makanya, nak bangkit semula bukan mudah. UMNO terpaksa bergabung dengan pakatan yang miliki kerusi terbesar iaitu PH di parlimen untuk wujudkan kerajaan. Kena terima hakikat, UMNO sekarang bukanlah UMNO yang dulu lagi.

Makanya, Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini ialah altenatif terbaik bagi menggembalikan maruah UMNO yang tercalar pada PRU15 lalu. Bersama PH, bermakna perlu terima kenyataan untuk bersama DAP iaitu komponen utama PH. Benda dah lepas dulu2 perlu dibuang jauh, kerana jika masih bermain dengan sentimen 'No Anwar  No DAP', makanya UMNO tak boleh 'Move On' untuk membina kekuatan baharu menghadapi PRU akan datang.

UMNO bukan tak pernah cuba untuk bersama PAS dalam Muafakat Nasional sebelum ini. MN dijangka bertembung dengan parti lain pada PRU15 itu terkubur gara2 rakan sekutunya PAS curang dan 'main kayu tiga' dengan parti lain iaitu BERSATU. Akhirnya UMNO dan PAS 'bercerai kasih talak tiada' sebelum sempat berkerjasama hadapi PRU15 lalu.

Inilah takdirnya, terpaksalah UMNO terima PH yang didalamnya ada DAP untuk meneruskan kelangsungan perjuangan. PAS pun pernah bersama DAP ketika duduk dengan Pakatan Rakyat suatu ketika dulu. Kenapa PAS boleh, tiba2 UMNO pula tak boleh?.

Kenapa perlu takut dengan DAP, jika yang 'kaki sakau' banyak ada dalam parti Melayu selama ini? Kenapa masih jumud dan anggap UMNO tidak wajar bersama DAP, dalam keadaan parti sudah lemah longlai. Kena terima hakikat bahawa UMNO kekal relevan jika menolak politik perkauman yang diamalkan selama ini..

Justeru, apa salahnya DAP nak berada dalam WTC semasa Kongres Nasional? Jalan perdamaian dan persahabatan itu lebih mulia daripada terus berbalah hingga ke akhirnya. Zaman bermusuh sudah berlalu, kini DAP kawan bukan lagi lawan. Mentaliti kena ubah dan jangan terikut2 rentak pembangkang yang cuba memecah belahkan kerajaan perpaduan hari ini.

Tapi, agak hairan kerana ada juga ahli UMNO yang masih jumud dan tidak boleh terima kenyataan ini. Jika begitu, mereka wajar tinggalkan parti dan buat keputusan sendiri. Apa guna berada dalam parti jika gagal taat kepada keputusan pucuk pimpinan sendiri.

Masa depan parti lebih utama daripada terus amalkan politik perkauman sempit yang boleh merosakkan rakyat secara keseluruhannya. Kenapa perlu terikut2 rentang pembangkang terutamanya PAS yang menuduh DAP kuasai UMNO hanya kerana jadi tetamu di PWC baru-baru ini. 

Habis tu, masa UMNO jemput PAS ketika himpunan Muafakat Nasional di WTC beberapa tahun lalu, maknanya PAS menguasai UMNO jugakah? Kena rasional dalam membuat kenyataan. 

 Terimalah hakikat dan mandat yang diberikan. Rapatkan ukhwah erattkan sillaturahim. Salam perjuangan !

0 Komen Artikel Ini: