SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

DAP Di Jemput Hadir Di Tuduh Kuasai UMNO, Apakah PAS Juga Mahu Kuasa UMNO Ketika Himpunan Penyatuan Ummah Dulu?

Saya tertarik untuk mengulas lebih lanjut tentang isu hangat yang sedang dimainkan oleh pembangkang iaitu kononnya DAP menguasai UMNO susulan kehadiran mereka bersama dalam Kongres Nasional Kerajaan Perpaduan di World Trade Centre (WTC) baru-baru ini. 

Hanya kerana Dewan Merdeka, WTC itu menjadi pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) setiap tahun, maka menjadi satu dosa besar apabila DAP berada dalam bangunan UMNO itu. 

Serangan bertalu-talu dilakukan oleh pembangkang bagi melemahkan semangat ahli akar umbi UMNO untuk terus menyokong parti keramat itu. 

Akhirnya ramailah dikalangan ahli dan pemimpin UMNO yang tewas pada pemilihan parti baru-baru ini kini sibuk melakukan provokasi dari dalam untuk menjatuhkan maruah parti. 

Bahkan, ada yang secara terang-terangan berani mempersoalkan kewajaran DAP bersama dalam bangunan UMNO. Walhal, sebenarnya DAP hanyalah tetamu yang diundang untuk bersama kerana ia sebahagian daripada 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu. 

Malah, DAP juga adalah komponen Pakatan Harapan (PH) yang mana pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia. Maka, apa masalah DAP dikatakan menguasai UMNO hanya kerana mereka bersama dengan parti-parti lain hadir ke himpunan bersejerah itu?. 

Pembangkang terutamanya PAS lupa bahawa mereka juga pernah berada di Dewan Merdeka, WTC untuk memeterai perjanjian Himpunan Penyatuan Ummah ketila bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) pada September 2019.

Jika kehadiran DAP itu dikatakan menguasai UMNO, maka apa bezanya kehadiran PAS dulu. Apakah mereka juga menguasai UMNO?

Kenapa begitu dangkalnya mentaliti pembangkang? Kini, mereka sebarkan dakyah kononnya UMNO sudah dikuasai DAP bagi menakutkan ahli-ahli akar umbi yang tidak kuat iman.

Hasilnya, ramailah ahli UMNO yang membuat hantaran di media sosial menyerang kepimpinan tertinggi parti. Malah, ada pula yang mengugut akan menolak UMNO dan gabungannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Dakyah pembangkang berjaya dan inilah yang mereka mahukan. Ahli UMNO yang belum matang ini alhirnya terpedaya dan mula mengutuk pucuk pimpinan tertinggi, kononnya sudah jadi 'barua' DAP.

Justeru, saya menyeru agar ahli UMNO berfikir secara rasional sebelum membuat apa-apa keputusan yang boleh memudaratkan parti. UMNO hari ini perlu perubahan besar dan tidak boleh terjerat dengan politik perkauman dan agama yang keterlaluan.

Walhal, umum mengetahui PAS dan BERSATU juga bersama GERAKAN dalam Muafakat Nasional (MN). Sedangkan selama ini parti GERAKAN secara lantang melaungkan akan menolak 'Hudud' jika ia dilaksanakan dalam negara ini.

Kenapa PAS kini boleh menerima pula GERAKAN. Sebelum ini juga PAS pernah bersama DAP dalam Pakatan Ralyat (PR). Kenapa mereka boleh dan UMNO pula tidak boleh? Baru dijemput hadir ke Dewan Merdeka sebagai tetamu pun sudah dikatakan DAP telah menguasai UMNO.

Harus diingat, UMNO bersama dalam Kerajaan Perpaduan yang turutelibatkan DAP. Kenapa pula tidak boleh menjemput DAP sebagai tetamu?. Jumud benar pemikiran mereka, bila jadi tetamu dituduh menguasai UMNO?.

Justeru, ahli UMNO akar umbi digesa lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu isu yang sengaja direka untuk memecah belahkan keutuhan parti.

Buatlah keputusan yant bijak demi masa depan. Usah terpedaya dengan dakyah dan agenda musuh yang mahu menjahanamkan UMNO itu sendiri sebenarnya. Salam perjuangan ! 

0 Komen Artikel Ini: