SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Inilah 'Rasional' Kenapa Kerajaan Pahang Perlu Kaji Keperluan Beri Peruntukan ADUN Pembangkang !

 

Saya tertarik untuk komen tentang isu  yang hangat diperdebatkan pada perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, iaitu soal peruntukkan kepada ADUN pembangkang di negeri ini. 

Maka, kesemua ADUN Perikatan Nasio di Pahang menyokong penyaluran semula peruntukan yang sebelum ini dinafikan kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyaluran itu perlu dibuat susulan titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu kerajaan memberikan peruntukan adil kepada ADUN pembangkang.

Maka dalam sidang DUN semalam, situasi panas berlaku apabila ADUN kerajaan dan pembangkang, berhujjah mempertahan pihak masing-masing. 

Bagi ADUN kerajaan, mereka keluar hujjah bagi mempersoalkan perkara itu, tapi bagi ADUN pembangkang mereka pula terlalu gembira untuk mengarahkan Kerajaan Pahang akur dengan titah pemangku raja itu. 

Namun, bagi aktivis bebas seperti saya maka ada hujjah dari luar sidang DUN yang saya perlu sampaikan agar semua pihak tahu dan tidak semesti menerimanya. 

Benar, ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu saya menyokong Kerajaan Pahang yang dipimpin oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Malah, Menteri Besar Pahang itu yany pakaikan baju Barisan Nasional (BN) kepada saya beberapa hari menjelang hari pengundian ketika itu. 

Namun, status saya masih lagi bebas dan berkecuali hingga ke hari ini. Saya hanya menyokong ketika PRU-15 sahaja. Saya tidak pernah umum sertai UMNO atau part komponennya selepas itu. Apa pun saya ada membantu Wan Rosdy ketika beliau bertanding dan menang jawatan Naib Presiden UMNO baru-baru ini. 

Ramai yang tahu, kes saman isu banjir Bentong 2021 Kerajaan Pahang sebanyak RM1 juta terhadap saya masih berjalan seerti biasa. Sebutan semula kes pada 20 Jun 2023 ini. 

Makanya, saya ada hak atas kapasiti aktivis masyarakat untuk bicara soal peruntukan ADUN seperti yang sedang diperkatakan sekarang ini. 

Bukan sahaja di sidang DUN, malahan di seluruh negeri dan negara sedang memerhatikan isu ini. 

Walau pun ia bukan usul yang dibawa oleh ADUN pembangkang, namun isu ini panas kerana ia adalah titah oleh Pemangku Raja Pahang ketika. merasmikan Sidang DUN kelmarin. 

Pada asasnya saya bersetuju untuk tidak bersetuju jika Kerajaan Pahang memberika peruntukan kepada ADUN pembangkang di negeri ini. 

Alasan utama saya ialah iklim politik Pahang selepas PRU-15 berbeza dengan negeri-negeri lain. 

Memang kita tahu Kerajaan PN di Kelantan dan Terengganu, ada memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang di negeri tersebut. 

Namun, harus diingat jumlah kerusi DUN pembangkang terlalu kecil dan ia tidak melibatkan implikasi kewangan yang besar sebenarnya. 

Berbeza dengan negeri Pahang, jika peruntukkan diberikan kepada tujuh belas ADUN pembangkang, maka ia boleh memberi kepada kepada sumber kewangan negeri. Malahan sudah pastilah ia akan diberi setiap bulan. 

Sedangkan, Kerajaan Pahang mempunyai perancangan pembangunannya yang tersendiri seperti yang dilulukan Bajet 2023. 

Sudah pastinya, perbelanjaan berhemah terpaksa dilakukan terus kepada rakyat agar ia tidak diseleweng untuk kegunaan parti politik pembangkang. 

Siapa mahu kawal jika peruntukan yang diagihkan itu digunakan untuk parti bagi menyebarkan dakyah dan ideologi untuk menjatuhkan Kerajaan Pahang pada pilihan raya umum akan datang? 

Bayangkan, diketika kedudukan kerusi DUN BN dan PN seimbang 17-17 tiba-tiba Kerajaan Pahang beri kelebihan kepada musuh politik. Amat tidak masuk dek akal sama sekali sebenarnya. 

Jika saya pemimpin kerajaan pun saya tidak akan bersetuju perkara ini dilaksanakan. ADUN pembangkang memang suka dan seronoklah sebab ia dapat menguntungkan mereka. 

Lagi pun peruntukan untuk rakyat di kawasan pembangkang sudah disalurkan menerusi agensi yang berkaitan, termasuk pemimpin masyaralat setempat. 

Itu belum termasuk peruntukan yang disalurkan menerusi penyelaras DUN yang bertanggungjawab di kawasan terbabit. Ia lebih mudah diselaraskan daripada melalui pihak pembangkang. 

Ia juga berbeza dengan mana-mana negeri yang mempunyai majoriti 2/3 di DUN seperti  Kelantan (PN), Terengganu (PN), Selangor (PH), Johor (BN) dan lain-lain negeri berkenaan. 

Kedudukan di Pahang agak kritikal dan sudah semesti kerajaan perlu ada strategi untuk menyalurkan peruntukan kepada rakyat marhaen. 

Keduanya, ADUN pembangkang bersorak dan menyokong perkara ini atas alasan ia titah Pemangku Raja Pahang. Kononnya mereka mahu kepimpinan kerajaan tidak derhaka dan akur dengan titah tuanku. 

Tapi saya nak tanya, semua pemimpin pembangkang akur atau tidak dengan titah Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini?.

Bukankah mereka tidak akur dah masih mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan yang tertubuh dengan mandat Agong itu. 

Usaha tersebut semakin kedengaran mutakhir ini, hingga Anwar mencabar mereka membawa usul keabsahan beliau ke sidang Dewan Rakyat akan datang. Bukankah ini bukti, bukan semua titah raja perlu dipatuhi dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini.

https://www.astroawani.com/berita-politik/pas-akui-pn-rancang-jatuhkan-kerajaan-perpaduan-tiada-siapa-boleh-halang-409463

Maka, atas dasar itu jika titah Agong iaitu ayahada kepada Pemangku Raja Pahang yang ada sekarang pun mereka tidak akur. Kenapa perlu paksa Kerajaan Pahang akur dengan titah berkaitan peruntukan tersebut?.

Kerajaan Pahang ada hak untuk akur atau mengkaji dulu daripada berbagai sudut sebelum membuat keputusan. 

Tidak salah untuk Menteri Besar Pahang membawa perkara tersebut untuk dibincangkan terlebih dahulu sebelum dibuat keputusan. 

Tidak perlulah pihak pembangkang menyerang wakil kerajaan bertalu-talu dalam Sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang.

Jika saya wakil rakyat bebas di DUN Pahang, pasti saya akan bercakap dari sudut pandangan saya ini agar semua pihak faham intipatinya. 

https://www.sinarharian.com.my/article/256444/berita/nasional/memang-ada-komplot-jatuhkan-kerajaan---pm

Pembangkang sendiri tidak akur titah Agong dan terus menyerang Kerajaan Perpaduan, apa perlu mahu Kerajaan Pahang akur dengan titah anakanda Agong itu sebenarnya. 

Semua pihak perlu bersikap rasional dalam hal ini. Tidak wajar, bila menguntungkan mereka maka mahu kerajaan akur titah raja. Tetali bila tidak menguntungkan mereka, terus lawan dan cuba jatuhkan kerajaan yang mendapat perkenan raja. 


Politik seperti ini tidak baik untuk rakyat. Maka saya menggesa Kerajaan Pahang mengkaji balik perkata ini berdasarkan usul yang telah saya kemukakan ini. Selamat bersidang. 

0 Komen Artikel Ini: