Saya tertarik untuk mengulas satu kenyataan kononnya Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengemudi negeri Pahang dan Malaysia yang disiarkan dalam facebook rasmi Parti Islam SeMalaysia (PAS) pusat pada Ahad.
Klik pautan link tersebut di sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0KLYPGFoJnEJfZ5hr96LrDGY4BvUoLVAef5DEjQZDuiDRkajNLnt53idD3Nwd7ja9l&id=100064718314834&mibextid=qC1gEa
Pada perenggan terakhir artikel yang bertajuk 'Keistimewaan Timbalan Presiden PAS' tersebut jelas sekali kenyataan dangkal yang bersifat 'syok sendiri' dan mengelirukan pembaca.
Difahamkan, kenyataan itu merujuk kepada hubungan baik antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
"Semoga terus cemerlang buat Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengemudi negeri Pahang dan Malaysia," kata kenyataan tersebut.
Persoalannya, benarkah Tuan Ibrahim mengemudi Pahang dan Malaysia?. Bukankah Perikatan Nasional (PN) itu sendiri telah gagal dan akur titah Agong untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15?.
Pengemudi Malaysia ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Manakala pengemudi negeri Pahang ialah Naib Presiden UMNO, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail.
Persoalannya, kenapa menggambarkan seolah-olah Tuan Ibrahim 'pengemudi' Malaysia dan Pahang sama seperti Agong yang dalam masa yang sama juga merupakan Sultan Pahang?.
Agak pelik apabila facebook rasmi PAS pusat boleh keluarkan kenyataan sedemikian. Nampak benar 'kemaruk' untuk berkuasa, namun tergamak engkar dengan titah Agong itu sendiri.
Tak perlulah nak mencanangkan satu dunia, kononnya Agong dan Timbalan Presiden PAS itu terlalu akrab gara-gara Tuan Ibrahim dipanggil mengazankan kelahiran anakanda beliau, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah suatu ketika dulu.
Harus diingat, ketika itu Tuan Ibrahim adalah penceramah bebas yang sering muncul dalam program agama di kaca TV, termasuklah 'Forum Perdana Hal Ehwal Islam'. Makanya tidak hairan beliau dipanggil ke istana.
Tengku Hassanal lahir pada 17 September 1995, ketika Tuan Ibrahim belum menjadi wakil rakyat PAS di Pahang.
Tuan Ibrahim hanya menang kerusi DUN Jengka pada Pilihan Raya Umum Ke-10 pada tahun 1999.
Maknanya beliau dipanggil ke istana oleh Agong ketika beliau belum menjadi ADUN lagi sebenarnya.
Maka itu, apa yang mahu dihairankan sehingga mendakwa Tuan Ibrahim mengemudi Pahang. Sepatutnya ayat yang dikeluarkan ialah 'Tuan Ibrahim mengemudikan PAS Pahang' atau 'mengemudi pembangkang di Pahang'.
Usah kelirukan netizen dengan dakwaan seperti itu. Terimalah hakikat bahawa pengemudi Pahang ialah Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail, bukannya Tuan Ibrahim.
Moga admin facebook PAS pusat lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang mengundang kontroversi seperti itu lagi. Rakyat Pahang bijak menilai, siapakah yang lebih untuk mengemudi negeri Pahang itu sendiri sebenarnya. #CMK
0 Komen Artikel Ini:
Post a Comment