SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Jika Sayangkan UMNO, Lebih Baik Hala 'Muncung Senjata' Kepada Musuh Daripada Terus Menyerang Pemimpin Sendiri !


Al-Kisahnya masih ada lagi suara-suara sumbang daripada kalangan ahli-ahli UMNO sendiri yang terus berbunyi dan menggasa kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail. 

Malah ada pihak dilihat terus cuba menyebarkan dakyah di dalam group WhatsApp, bagi menabur kebencian ahli-ahli parti terhadap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang itu mutakhir ini. 

Berbagai 'tohmahan liar' terus dibuat terhadap Wan Rosdy yang juga merupakan Naib Presiden UMNO. Terbaharu, dakwaan Wan Rosdy kononnya tidak mengenang jasa mantan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Saya pun tak faham, apa sebenarnya yang diingini oleh mereka? Tindakan itu jelas  sekali telah membuka ruang kepada musuh untuk 'menyerang' sebenarnya. 

Mereka cuba membandingkan kelibatnya yang sering hadir dan memberi sokongan kepada 'Bossku' di mahkamah ketika perbicaraan. 

"Wan Rosdi main wayang china.Cuba tanya dia. berapa kali dia gi ke mahkamah berjumpa dgn Bossku sambil dengar perbicaraan?Nak bagi tau rakan2 jangan tak tau tak pernah sekali pun wan rusdi jenguk Dato Najib di mahkamah," kata kenyataan yang disebarkan. 

Justeru saya nak maklumkan kepada pihak terbabit bahawa Wan Rosdy ialah Menteri Besar Pahang. Maka sudah dia ada banyak tugasan penting yang perlu dilakukan untuk rakyat Pahang. 

Jadual programnya juga padat dan tidak mungkin boleh kerap ke mahkamah untuk mendengar kes Najib. 

Berbeza dengan mereka yang ada banyak masa untuk berulang alik ke mahkamah atau penjara melawat 'Bossku' . 

Lagi pun sebahagian daripada mereka itu sendiri naik dalam politik dan perniagaan selama ini pun kerana jasa-jasa 'Bossku', terutamanya ketika Najib menjadi Perdana Menteri dulu. 

Maka tidak hairanlah, mereka perlu selalu berada disamping Najib setiap kali 'Bossku' hadapi perbicaraan. 

Kenapa nak samakan dengan orang lain pula?. Soal kehadiran Wan Rosdy ke penjara untuk bertemu 'Bossku' sebelum pemilihan UMNO juga turut dijadikan bahan tohmahan. 

"Bossku ada bagitau xxx Wan Rusdi ada datang sekali sahaja kepenjara berjumpa beliau untuk mendapat restu dan sokongan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO," kata kenyataannya. 

Saya nak maklumkan kepada pihak terbabit bahawa sudah cukup bagus Wan Rosdy ke penjara memohon restu bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti baru-baru ini. 

Itu tandanya, Wan Rosdy menghormati dan masih menyanjungi 'Bossku' biar pun dia bukan lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri. Lainlah, kalau Wan Rosdy langsung tidak maklumkan kepada Najib hasrat tersebut. Itu pun nak dijadikan isu?. 

Jangan samakan dengan mereka yang tiada jawatan penting lagi dalam politik UMNO selepas tewas pada pemilihan parti baru-baru ini. 

Mereka sudah pasti ada banyak masa untuk bertemu dengab Najib di mahkamah atau di penjara. Baguslah sebab ingat jasa 'Bossku'. Tapi, kenapa perlu persoalkan kehadiran orang lain pula?. 

Wan Rosdy kini berada di tampuk kepimpinan UMNO pusat dan negeri Pahang. Makanya sudah pastilah masanya agak terhad untuk berulang alik ke penjara bertemu Najib.

Namun, beliau tetap luangkan masa untuk berjumpa dan memohon restu ''Bossku' semasa bertanding jawatan penting dalam UMNO baru-baru ini. 

Ini menunjukkan sikap Wan Rosdy yang tetap menghormati Najib dan bukan seperti yang didakwa. Oleh itu ahli-ahli UMNO Pahang tidak boleh terjerat dengan mainan politik jahat dan dakwaan liar yang dibuat secara membabi-buta itu. . 

Fokus Wan Rosdy sekarang ialah untuk memastikan UMNO BN kembali bangkit sebagai 'parti keramat' yang wajar menjadi pilihan orang Melayu, terutamanya generasi muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Justeru, saya nasihatkan mereka yang berkenaan supaya tidak menjadi 'suara pembangkang' dan terus setia bersama kerajaan Pahang yang dipimpin oleh Wan Rosdy. Jangan sampai tersalah langkah dalam perjuangan, kerana akhirnya UMNO sendiri yang akan rugi. 

Lebih baik halakan 'muncung senjata' kepada musuh menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri tak lama lagi daripada terus 'serang hendap' pemimpin sendiri kerana 'dendam peribadi'. Itu pun jika sayangkan UMNO, jika tak mahu melihat UMNO terus tumbang akhirnya.

Sepatutnya bersama-sama bantu Wan Rosdy kembalikan kegemilangan UMNO, bukannya terus membuat onar bagi tujuan merosakkan UMNO di bumi Pahang yang bertuah ini. 

Kepada ahli-ahli akar umbi dan penyokong UMNO, usahlah terpedaya dengan tohmahan yang bertujuan menimbulkan kebencian terhadap Naib Presiden UMNO itu sendiri sebenarnya. Hidup Tok Wan ! 

0 Komen Artikel Ini: