Panas berapi tatkala Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar khabarnya membuat posting tidak menghormati ahli keluarga yang masih bersedih atas kehilangan Allahyarham Dato' Sri Johari Harun dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina baru-baru ini.
Kenyataan pemimpin PAS itu bahawa PN akan memburu kerusi ke-18 jika PRK DUN Pelangai diadakan tidak lama lagi, mendapat kecaman ramai pihak terutamanya dikalangan ahli dan pemimpin UMNO Pahang sendiri.
Rata-rata menganggap ADUN Tanjung Lumpur itu biadap, kurang ajar dan tidak menjaga sensitiviti ahli keluarga Allahyarham, susulan hantaran kontroversi tersebut.
Maka kecohlah masing-masing dek kerana posting itu. Baca di sini;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5469069313218260&id=100003457375722&mibextid=Nif5oz
Kemudiannya ada lagi posting yang dibuat oleh facebook terbabit berkaitan perkara itu. Baca disini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5473325182792673&id=100003457375722&mibextid=Nif5oz
Kalau tanya saya, mudah jer. Saya melihat posting yang dibuat itu 'tarikhnya' ialah selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid sendiri membuat kenyataan awal pada sidang media untuk umum yang 'BN teliti calon untuk PRK DUN Pelangai' pada 21 Ogos lalu.
Kenyataan Zahid itu beberapa hari lebih awal dari tarikh posting di facebook Ustaz Rosli sebenarnya.
Anehnya, kenapa kita tidak bising dan menyerang Zahid?. Bukankah beliau keluarkan kenyataan yang lebih panjang lebar kepada pihak media?.
Adakah Zahid menjaga sensitivi ahli keluarga mangsa, dengan kenyataan tersebut? Kenapa tiada siapa diantara kita marah dan melenting? Namun, bila melibatkan pemimpin pembangkang kita kutuk dan serang bertalu-talu?.
Maka, saya malas nak memberi komen beriya-iya sangat. Nanti ada pulak yang kata saya 'back up' mereka. Tapi, saya harus jujur melihat situasi ini dan tidak emosi menyerang secara melulu.
Sendiri faham siapa dulu tidak hormati situasi? Lagi pun yang buat posting di facebook Ustaz Rosli Abdul Jabar itu, mungkin bukan beliau tetapi 'admin'.
Maka tidak perlulah kita beriya untuk berbalah dan melatah terhadap hal ini.
Ada kalanya kita perlu lihat kebenaran dan fakta. Usah menyerang 'membabi buta'. Kelak ianya mungkin boleh 'memakan diri'.
Justeru, usahlah kita beriya benar kita nak salahkan 'orang sebelah' di atas kesilapan yang telah kita mulakan dahulu itu sebenarnya. Sama-sama kita bermuhasabah dan ambil ikhtibar.
Moga rohnya arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman serta beramal. soleh hendaknya. Amin.
Salam perjuangan,
Blogger Cucumatkilau
Sumber (Harian Metro):
https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2023/08/1001954/bn-teliti-senarai-calon-prk-dun-pelangai
Sumber (Berita Harian):
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1143280/bn-teliti-calon-untuk-prk-dun-pelangai
Sumber (MalaysiaGazzette):
0 Komen Artikel Ini:
Post a Comment