SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Taman Negeri Lubuk Yu Di Wartakan, Tahniah MB Dan Syabas DS Shahaniza Atas Perjuangan Selama Ini !


Pada 22 Dis 2022, saya pernah datang ke Taman Ekorimba Lubuk Yu kat Maran. Kehadiran saya ke lokasi disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin (DSSS).

Kami sempat berbual hal kepentingan menjaga alam sekitar kawasan Lubuk Yu. Ternyata DSSS begitu komitmen untuk memastikan kelestarian Lubuk Yu terus dipelihara. Malah, beliau juga telah memperjuangkan agar Kerajaan Pahang mewartakan Lubuk Yu sebagai Taman Negeri di Pahang yang baharu.

Alhamdulillah, atas daya usaha yang berterusan oleh DSSS akhirnya berita gembira diterima hari ini apabila Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk mewartakan sebahagian Hutan Simpan Berkelah, Mukim Chenor, Maran seluas 14,679.28 hektar sebagai Hutan Taman Negeri Lubuk Yu.

Awal pagi tadi saya mendapat berita dari DSSS yang menyatakan beliau menitis air mata dengan keputusan Kerajaan Pahang ini kerana ia adalah legasi dan kenangan paling manis untuk beliau secara peribadinya. 

Apa pun saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail yang begitu cakna dan prihatin terhadap perkara ini.

Hutan Taman Negeri Lubuk Yu juga turut diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air sebagaimana keperluan di bawah perenggan 10(1)(e), Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.

Zon penampan Taman Negeri dengan kelebaran 1.5 kilometer juga telah pun diwujudkan. 

Melalui penubuhan Hutan Taman Negeri Lubuk Yu yang baharu ini, Pahang kini mempunyai Hutan Taman Negeri yang berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 55,249.08 hektar,"

Malah difaham, kelulusan pembalakan di kawasan tersebut juga telah pun dibatalkan. Memang hebat dan terbaik atas keputusan Kerajaan Pahang ini.

Ia secara tidak langsung dapat menutup mulut pihak-pihak yang sering mengecam Kerajaan Pahang kononnya tidak serius dalam penjagaan hutan flora dan fauna di negeri ini.

Justeru, saya sekali lagi ucapkan tahniah atas perjuangan DSSS selama ini. Biar pun tidak dipilih oleh rakyat pada PRU-15 lalu, namun jasa beliau amatlah dikenang oleh warga Maran khasnya dan Pahang amnya.

Blogger CUCUMATKILAU

[ www.cucumatkilau.com ] 

0 Komen Artikel Ini: